Hiburan

Hampir Sebulan Di Hospital, Tam Spider Kongsi Keadaan Terkini Napie Spider - “Dia Pun Masih Sangat Lemah Sebab Pembedahan Melibatkan…”

gempak
Asyikin Mayudin
09/08/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Hampir Sebulan Di Hospital, Tam Spider Kongsi Keadaan Terkini Napie Spider - “Dia Pun Masih Sangat Lemah Sebab Pembedahan Melibatkan…”
Vokalis Spider iaitu Tam berkongsi keadaan terkini pemain gitar utama kumpulannya, Hanafi Hamdan atau Napie yang sebelum ini dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat diserang strok pada Julai lalu.

Keadaan Lemah

Hampir sebulan berada di hospital, Tam, 50 memberitahu keadaan Napie kini sangat lemah selepas menjalani pembedahan yang melibatkan otak.

“Napie baru selesai pembedahan, sudah tentu untuk tahun ini dia tak dapat nak terlibat sekali. Dia pun masih sangat lemah, sebab pembedahan melibatkan otak.

“Tapi dia ada la beri respons sikit-sikit, cuma saya risau juga kalau ada sebarang kesan selepas pembedahan itu. Harap-harap tak ada apa-apa la. Ikutkan hampir sebulan dia dekat hospital,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 3 Dekad Bertahan, Kumpulan Spider Kongsi Faktor Kekal Lama Dalam Industri Muzik - “Ketelusan Itu Penting”

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Spider Keluar Sarang ‘Pecah Habis’, Spider Juara Satu & Popular Di Hati Peminat

Tam berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavilion Mall, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tanda Tak Sihat

Berkongsi lebih lanjut, Tam berkata dia dan ahli anggota Spider lain sudah menyedari tanda-tanda Napie kurang sihat apabila persembahannya mula terganggu.

“Kami dah nampak lama tanda-tanda dia tak sihat. Sebab persembahan dia pun dah terganggu, tangan dia mula tak boleh nak cengkam, memori dia dah mula terganggu, tak boleh nak ingat semua lagu.

“Itu yang antara sebab kita memilih untuk berehat dahulu. Kita tahu dalam keadaan macam ini, tekanan itu tinggi la untuk satu band. Saya tak nak memberi tekanan pada dia,” ujarnya.

Sumber pendapatan Tetap

Dalam pada itu, Tam memaklumkan Napie yang juga bapa kepada tiga orang anak mempunyai sumber pendapatan tetap menerusi pekerjaannya sebagai jurutera bunyi di Studio Luncai Emas.
“Ikutkan dia bekerja sebagai sound engineer di Luncai Emas… jadi, dia ada pendapatan tetap di situ. Tapi tak tahu la keadaan sekarang ini, tapi ada juga la kot cover,” katanya lagi.

Ralat Tak Dapat Bersama

Dalam pada itu, Tam mengakui dia berasa ralat tidak dapat membuat persembahan bersama Napie dan arwah Tony di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang akan diadakan di Stadium Nasional Hoki, Kuala Lumpur pada 7 September.

“Sama macam saya ada beritahu sebelum ini, apa-apa pun kerja kena teruskan. Sedih dan ralat itu ada, tapi ini perjuangan yang perlu diteruskan. Kita gunakan semangat mereka bawa ke depan.

“Saya bukan nak cakap sedih… tapi lebih kepada ralat. Sebab kalau sedih, kita tak main dah, saya tutup saja band ini. Cuma ralat sebab tak dapat bersama, tapi perjuangan kena jalan la,” ujarnya.
Sebelum ini, Napie yang sedang melakukan kerjanya sambil ditemani oleh anak Datuk M Nasir, Hidayat secara tiba-tiba rebah dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan strok pada 17 Julai lalu.
Terdahulu, Spider kehilangan bekas pemain bass mereka, Tony Iskandar pada 30 Jun 2021.
Tony ditemui meninggal dunia di sebuah studio rakaman di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024