Viral

"Pengguna Twitter Itu Perlu Minta Maaf!" - Pemilik Butik Pakaian Bollywood Kecewa, Jelaskan Dia Pun Berketurunan India

gempak
Amri Hassan
22/08/2020
08:07 MYT
Sponsor Banner
"Pengguna Twitter Itu Perlu Minta Maaf!" - Pemilik Butik Pakaian Bollywood Kecewa, Jelaskan Dia Pun Berketurunan India
Pemilik butik pakaian Bollywood, Cassandra Collection, Siti Rashidah Mohd Zubair kecewa dan terkejut dengan kenyataan yang ditulis oleh seorang pengguna di Twitter mengenai pakaian yang diperagakan aktres Mira Filzah baru-baru ini.
Baca: Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Mohon Maaf!
Baca: Salahkah Mira Filzah Pakai Sari? Pensyarah Fesyen Ulas Isu Cultural Appropriation
Jelas Siti Rashidah, dia tidak menyangka turut terpalit dengan kontroversi ketegangan kaum ini sejak beroperasi dari 2013, .
"Saya kecewa dan terkejut sebab pada mulanya ramai yang puji apabila Mira Filzah memakai pakaian tradisional India itu tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba bergaduh.
"Pengguna itu telah mencetuskan pergaduhan kaum dan tak elok sebenarnya! Ia mencalar keharmonian kaum tambah-tambah ketika Bulan Kemerdekaan ini," katanya kepada Gempak.
Menjelaskan situasi berdasarkan dakwaan pengguna terbabit mengenai 'cultural appropriation', kata Siti Rashidah dia punyai pengetahuan dalam pakaian tradisional India memandangkan latar belakang keluarganya sendiri berasal dari negara India.
"Saya mahu perbetulkan fakta pengguna Twitter itu. Saya menjual baju tradisional India dan ada pengetahuan tentang pakaian tersebut. Dia tak tahu pula saya memang berbangsa India, keluarga saya dari India walaupun saya muslim.
"Bagi saya tidak semestinya hanya orang India perlu pakai pakaian tradisional India.
"Kalau pemilik itu membayar Mira hanya untuk mempromosikan kanta lekap menggunakan tema pakaian Bollywood, mana yang salahnya?
"Jangan suka-suka suruh pilih model berbangsa India sebab yang bayar bukan dia tapi pemilik kanta lekap tu.
"Tindakannya itu jelas sekali menimbulkan rasism," katanya.
@mfmirafilzah slaying in our Maisha Peach Lehenga ??❤️? Bollywood Lehenga + full set accessories from @cassandracollection ? Tq for always choosing us pretty ? ・・・ The new Lavue lens x Mira Filzah ? Code lens @lavue.co : twilight brown [new colour and my personal favourite], pearl grey & summer brown. Coming soon this 31st August 2020. Wardrobe: @cassandracollection Tap for more details. #lavuexmf . Follow @rentalbycassandra utk sewa baju bollywood ! Follow 1st ig @cassandracollection Follow @brideofcassandra utk koleksi pengantin . . . #bajubollywood #bajubollywoodmurah #bajubollywoodmalaysia #lehenga #saree #anarkali #bollywooddress #bajucantik #bajumurah #indiandress #bajupengantin #bajuraya #malamberinai #mehendinight #dinnerdress #bollywooddressmurah #bollywooddressmalaysia #sewabaju #bajusewa #bollywoodtheme #viral #trending #bajupengantinmurah #temabollywood #bollywooddinner #bajudinner #bajukahwin #sewabajubollywood
A post shared by BAJU BOLLYWOOD MALAYSIA-EST’13 (@cassandracollection) on
Jelas Siti Rashidah lagi, tatacara pemaikaian busana dan aksesori Mira untuk sesi penggambaran itu juga tepat dan tidak melanggar mana-mana adat dalam tradisi masyarakat India.
Justeru, Siti Rashidah menggesa pemilik akaun Twitter berkenaan membuat permohonan maaf susulan tindakan melulunya mencetuskan sentimen perkauman dalam kalangan ramai.
"Ya, memang dia perlu minta maaf sebab kenyataannya tidak betul dan saya pun tak setuju. Saya tak sanga Mira pula yang meminta maaf pada dia... mungkin Mira pun tak nak besarkan isu ini.
"Tapi pengguna Twitter itu salah. Cuba bayangkan kalau bangsa lain tak sepatutnya pakai baju ini, macam mana kita nak teruskan acara lain selepas ini sebab kita di Malaysia, berbilang bangsa dan situasi itu normal.
"Apabila ramai yang menyokong kenyataan dia, ramai akan bergaduh. Jadi dia perlu minta maaf," tegasnya.
Dedah Siti Rashidah, 80 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada golongan Melayu dan biasanya mendapatkan khidmat sewaan pakaian Bollywood untuk malam berinai.
"Memandangkan Melayu pun ramai suka Bollywood, saya ambil inisiatif untuk menyediakan pakaian tradisional India yang menutup aurat dan bersesuaian," ujarnya.
Siti Rashidah turut menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang pendapat peribadi tanpa usul periksa.
"Saya terpaksa bersuara untuk memperbetulkan isu ini dan kalau boleh jangan panjangkan lagi.
"Sebelum mengecam mana-mana pihak, tolong siasat terlebih dahulu. Mungkin kita rasa pandangan kita betul tetapi sebenarnya salah," getusnya.
Baca: Baca: “Kalau I Buat Tema Bollywood Untuk Wedding, Ada Yang Mengamuk Tak? Takut…” -Ernie Zakri
Baca: “Pakai Je Apapun..Asalkan Jangan Bogel” - Nourul Depp Komen Isu Pakai Baju Tradisi Bangsa
Baca: [FOTO] Cantiknya Selebriti Malaysia Menggayakan Busana Tradisional Masyarakat India!
Baca: Comelnya! Lihat Bagaimana Kontroversi Ini Akhirnya Menjadikan Rakyat Malaysia Kembali Bersatu!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live