Pelakon Maya Karin, 41, mengumumkan perniagaan burger bakar yang diusahakan olehnya sejak Perintah Kawalan Pergerekan (PKP) itu ditutup bermula 1 Ogos semalam.

Maya meminta agar selepas ini tiada siapa yang akan mengaitkannya dengan mana-mana jenama burger.

"Penghantaran terakhir ini kepada Mahaad Taufiq Lil Atyam. Dengan ini, saya ingin mengumumkan burger bakar Maya Karin akan tutup bermula 1 Ogos (semalam).

"Saya juga memberitahu tidak terbabit dengan mana-mana jenama burger. Ditambah, projek burger ini saya mulakan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu untuk mengisi masa terluang,” katanya.

Maya mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi enteri tersebut dia memuat naik foto bersama anak-anak Maahad tersebut.

Tambah Maya, dia terpaksa melupakan hasrat untuk meluaskan perniagaan burger bakar yang dirancang sebelum ini, berikutan ada pihak mengambil kesempatan terhadapnya.

Enggan mendedahkan secara terperinci, Maya akur terpaksa mengambil keputusan berat itu.

"Sejujurnya, niat di hati memang ingin memperluaskan perniagaan burger bakar ini, tapi saya dapati ada pihak cuba mengambil kesempatan. Jadi, itu antara ebabnya saya buat keputusan untuk tutup terus," katanya.

"Terima kasih di atas sokongan anda semua yang tidak terhingga. Saya amat hargai segala sokongan yang diberikan itu," katanya.

Terdahulu, Maya secara tidak sengaja bergelar peniaga burger bakar sejak PKP dilaksanakan. Menurutnya, ia bermula apabila seorang rakan meminta dia menyimpan alat pembakar dan kiosk besar di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Penchala, Selangor.

Sejak itu, permintaan terhadap burger bakar Maya semakin laris dan meluas sehingga dia akhirnya berfikir untuk membuka cawangan lain sebagai usaha mengembangkan perniagaan itu.

View this post on Instagram

Delivery TERAKHIR #burgerbakarmayakarin . Kepada Maahad Tahfiz Lil Aytam. Dengan ini saya ingin mengumumkan #burgerbakarmayakarin akan tutup bermula 1st August ini. Dengan itu saya memberitahu saya tidak terlibat dengan mana2 brands burger. Projek burger ini bermula pada musim PKP untuk mengisi masa yang terluang. Sejujurnya niat di hati ingin memperluaskan dan memperkembangan burger bakar saya tapi saya mendapati ada pihak mengambil kesempatan jadi itu antara sebab saya mengambil keputusan untuk tutup terus. Terima kasih diatas sokongan anda semua yang tak terhingga. Saya amat hargai segala sokongan anda berikan! Dan Selamat Hari Raya Aidiladha! Love, Maya #burgerbakarmayakarin

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on