Berita
"Penghayatan Tu Penting Walaupun Suara Ke Laut" - Peminat Terhibur Gelagat Comel Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia
Anak pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia, Arianna mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu Sampai Bila nyanyian penyanyi asal Misha Omar.
Menerusi entri di Instagram (IG), Almy Nadia berkongsi video anaknya itu menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan.
"Hiburan di pagi Sabtu, felling nak jadi tapi nafas tu serupa tak cukup ja nak oiiiii. @mishaomar @fizzfairuzofficial," tulisnya.
Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan gelagat comel yang ditunjukkan oleh Arianna.
@mishaomar: Ya Allah! Dah memang anak pelakon kan. Feel ekspresi kat muka tu, kat muka tu. Eeeeeee gigit kangg."
"@ainsufiaa: Hahhahahaha penuh feeeling ye Arianna. Kemain tarik nafas tu eyy. Penghayatan tu penting walaupun suara ke laut sampai tak cukup nafas tu."
"@diomandmia: Ya Allah comelnya dia. Cutenya dia menyanyi. Semoga besar nanti jadi penyanyi yer."
"@zman_dian: Hahahaha. Asal buat hal lagi pagi-pagi ni. Aunty tengok dengan aunty pun semput nak."
"@diyoshin: Berlatih betul-betul dik. Nafas jaga. Jangan sampai Ramli Ms & Kak Ogy datang komen nangis kau nanti dik. Comel sangat ni adoi."
Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.
Must-Watch Video