Pengikut IG Naik & Rezeki Lakonan Bertambah, Amir Nafis Syukur - “Filem Sheriff Banyak Mengubah Hidup Saya”
Mya Amri
11/07/2024 08:55 MYT
11/07/2024 08:55 MYT
Pelakon, Amir Nafis, mengakui filem pecah panggung iaitu Sheriff: Narko Intergriti sedikit sebanyak telah mengubah hidupnya.
Menurut Amir, dia tidak menyangka dirinya semakin dikenali selepas membintangi filem arahan Syafiq Yusof itu.
Malah dia juga telah menerima beberapa tawaran berlakon lain termasuklah filem Dajal: Satu Malam Dipedajal yang akan memulakan penggambaran pada 16 Julai ini.
“Sheriff mengubah hidup saya, kini orang lebih mengenali saya. Mana-mana pergi pun orang akan panggil Inspektor Farouk atau tikus iaitu nama watak dalam filem tersebut.
“Pengikut Instagram juga sedikit meningkat, walaupun tidak banyak namun saya tetap rasa bersyukur dan gembira,” katanya kepada Gempak.
Amir berkata demikian ketika ditemui di majlis doa selamat dan sidang filem Dajal: Satu Malam Dipedajal bertempat di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya pada Rabu.
Tambah Amir lagi, dia juga tidak kisah sekiranya ada orang menegurnya dengan menyebut nama watak yang dilakonkan.
Pelakon berusia 32 tahun ini juga menganggap perkara itu sebagai tanda karakter yang dibawakan dalam naskhah tersebut benar-benar meninggalkan kesan pada penonton.
“Kalau mereka lebih kenal watak itu maknanya karakter yang saya lakonkan berhasil. Tetapi dalam masa yang sama, dari segi kerjaya pula saya harap selepas ini orang kenal saya jugalah.
“Sebagai contoh ada yang panggil saya Arshad semasa musim filem Talbis Iblis, panggil saya Farouk masa Sheriff.
“Sehingga kini masih ada yang panggil saya dengan nama Farouk, kebanyakkan orang tak kenal nama sebenar saya, mereka hanya tahu nama watak saya sahaja,” jelasnya.
Selain Sheriff, Amir juga pernah membintangi beberapa naskah lain antaranya Cemburu Seorang Perempuan, Talbis Iblis, One Cent Thief dan Syurga Itu Bukan Mudah.
Dalam perkembangan terbaharu, Nafis bakal muncul dalam filem arahan pengarah terkenal, Pierre Andre berjudul Dajal: Satu Malam Dipedajal.
Filem ini dibintangi oleh Amir Nafis, Jay Iswazir, Da’i Syed, Bidin Alzaifa, Khatijah Tan dan ramai lagi.
Jadi lebih dikenali selepas berlakon Sheriff
Menurut Amir, dia tidak menyangka dirinya semakin dikenali selepas membintangi filem arahan Syafiq Yusof itu.
Malah dia juga telah menerima beberapa tawaran berlakon lain termasuklah filem Dajal: Satu Malam Dipedajal yang akan memulakan penggambaran pada 16 Julai ini.
“Sheriff mengubah hidup saya, kini orang lebih mengenali saya. Mana-mana pergi pun orang akan panggil Inspektor Farouk atau tikus iaitu nama watak dalam filem tersebut.
“Sejujurnya dulu bila pergi mana-mana saya tak rasa pun orang kenal tapi sekarang alhamdulillah, sudah semakin dikenali dan tawaran berlakon juga bertambah.
“Pengikut Instagram juga sedikit meningkat, walaupun tidak banyak namun saya tetap rasa bersyukur dan gembira,” katanya kepada Gempak.
Amir berkata demikian ketika ditemui di majlis doa selamat dan sidang filem Dajal: Satu Malam Dipedajal bertempat di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya pada Rabu.
Tak kisah orang lebih kenal nama watak
Tambah Amir lagi, dia juga tidak kisah sekiranya ada orang menegurnya dengan menyebut nama watak yang dilakonkan.
Pelakon berusia 32 tahun ini juga menganggap perkara itu sebagai tanda karakter yang dibawakan dalam naskhah tersebut benar-benar meninggalkan kesan pada penonton.
“Tak ada masalah sekiranya mereka lebih mengenali nama watak berbanding saya sendiri sebab tanggungjawab saya adalah menghidupkan watak.