,
Viral

Pengulas Sukan Khairil Azwa Tak Sangka Tular, Ramai Tekejut Lepas Tahu Wajah Sebenar - “Mereka Gambarkan Saya Tua, Badan Berisi & Kepala Botak”

Mya Amri
13/08/2024
03:55 MYT
Pengulas sukan yang menjadi kegemaran netizen, Wan Khairil Azwa Wan Jusoh, 33, tidak menyangka dirinya menjadi tular gara-gara mengulas mengenai perlawanan kontijen Malaysia di sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Ikhlas kongsi video kerja belakang tabir

Menurut Wan Khairil Azwa atau lebih mesra dipanggil Azwa, dia hanya berkongsi video belakang tabir tentang cara-cara seorang pengulas sukan bekerja di platform TikTok miliknya dengan ikhlas dan tidak meletakkan sebarang ekspektasi.
“Sebenarnya sebelum Olimpik lagi saya selalu sahaja muat naik video tetapi lebih kepada sukan Bola Sepak.
“Kalau nak diikutkan, sebelum ini ramai yang kenal suara saya dari Liga Malaysia. Sejak dari dua musim lepas, sebelum saya masuk Astro Arena lagi saya aktif muat naik video POV (point of view) untuk berkongsi bagaimana cara pengulas bekerja di belakang tabir.

“Sebab saya lihat di TikTok dan platform media sosial yang lain pun orang memang suka tengok cara kerja belakang tabir dan saya ikhlas berkongsi.

“Jadi bila saya buat sukan Olimpik inilah saya perasan susah ada peminat peminat dari sukan lain pula sebab haritu saya ada buat video POV pasal pasukan badminton kita,” katanya kepada Gempak.

Ramai sangka sudah berusia, badan berisi dan berkepala botak

@wankhairilazwa POV MEJA PENGULAS: Serikandi Badminton Negara ke Separuh Akhir! Ayuh Malaysia, selangkah lagi ke final untuk melakar sejarah baru di Olimpik ?? #sukanolimpikparis #sukanditiktok #sportsontiktok #badminton #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #olympicparis #sportscommentator #commentator ♬ La Maritza - Sylvie Vartan
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai komen lucu yang diterima di TikTok, Azwa berkata ramai meluahkan rasa tidak percaya sebaik sahaja melihat dirinya lebih-lebih lagi pada wajah dan penampilan.
“Sebelum ini saya dah banyak terima komen, masa awal-awal dulu, ketika zaman saya buat pov perlawanan bola.
“Tapi sekarang makin ramai yang singgah untuk melihat video saya, ialah kalau dulu hanya peminat bola sahaja, tapi sekarang menyeluruh sebab orang menonton sukan Olimpik.

“Jadi bila ada sahaja komen baru, saya tengok ramai kata ingatkan suara saya ini milik orang lain. Ada yang kata tak kena dengan rupa.

“Ada juga yang fikir saya ini seorang sudah tua dan berusia. Kebanyakkannya menggambarkan saya sebagai seorang yang badannya berisi dan berkepala botak. “Jadi itu adalah pandangan yang cukup skeptikal terhadap perwatakan pengulas sukan,” jelasnya.

Pengulas generasi baharu

Bagaimanapun kata Azwa, dia tidak ambil hati dengan komen netizen sebaliknya dia juga mempunyai rakan pengulas generasi baharu.

“Saya ini orang katakan pengulas generasi baharu, ada juga dalam kalangan kawan-kawan yang datangnya dari batch saya seleeri Aiman Roshizam atau dikenali sebagai Aiman Sekaiichi dan Firdaus Musa.

“Mereka itu merupakan rakan seangkatan saya untuk pengulas generasi muda,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia

BERITA BERKAITAN:Pengulas Sukan Raih Pujian Netizen Lepas ‘Palau’ Kemunculan Atlet Israel Pada Pembukaan Olimpik 2024

BERITA BERKAITAN:Pelumba Basikal Trek Jepun Shinji Nakano Mohon Maaf - "Jangan Hina Nama Keluarga Saya"

BERITA BERKAITAN:Shah Firdaus Gesa Netizen Henti Serang Atlet Jepun Shinji Nakano

BERITA BERKAITAN:Netizen Gemar Kecam Atlet Negara, Ini Pesanan Jiggy - "Adab Ni Kalau Tiada, Memang Masalah Hati"

Terdahulu, gelagat Azwa ketika mengulas mengenai perlawanan beregu wanita negara, Pearly dan M. Thinaah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Olimpik Paris 2024 menjadi tular.
Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1 juta tontonan.
Selain itu, Azwa juga turut dilabel netizen sebagai pengulas sukan berbakat dan mempunyai gaya ulasan yang menyenangkan hati, tidak berat sebelah serta menarik perhatian penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.