,
Laman Utama

Peniaga Burger Dikompaun RM50,000 Langgar PKP - "Berniaga Depan Tangga Rumah, Lepas Bayar Bil Bulan-Bulan Je"

Amri Hassan
26/04/2021
21:20 MYT
Seorang peniaga burger terkilan apabila dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, Kelantan pada Ahad.
Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.
Isterinya, Norlaili Shafii, 37, berkata, dia dan suami ketika itu menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa.
"Kami memang berniaga lebih jam 10 malam tetapi gerai burger ini di hadapan tangga rumah dan di dalam kampung serta menerima tempahan kebiasaannya pada waktu malam untuk dijadikan juadah sahur.
"Tempahan dibuat melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp. Jadi, kami menyiapkannya untuk dihantar secara ‘COD’ kepada pelanggan serta bukannya ada pelanggan makan di kedai," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, mereka bergantung berpendapatan sepenuhnya terhadap hasil menjual burger dan berpindah daripada menjual burger di gerai di tepi jalan Tanjung Chat berikutan pandemik Covid-19 dan PKP sejak tahun lalu.
"Situasi peniaga kecil macam saya tenat sekarang. Kami tidak ada pendapatan lain, pembeli makin kurang kerana tidak dapat keluar.
"Saya cuba berniaga dari rumah dan langsung tidak buka meja makan kerana PKP. Cuma siapkan tempahan pelanggan sahaja, kalau kompaun sampai RM50,000 macam mana nak bayar," katanya.
Ujarnya, dia merayu kepada supaya tidak dikompaun, namun tetap dikompaun dan terkejut apabila melihat jumlah RM50,000 tersebut.
"Tidak adil bagi kami peniaga kecil yang mencari rezeki. Kami perlukan duit untuk membayar bermacam-macam bil dan menampung kehidupan.
"Berikanlah sedikit kelonggaran kepada kami peniaga yang berniaga pada waktu malam kerana kami bukannya berkumpul beramai-ramai sehingga boleh menyebabkan Covid-19 merebak,” katanya.
Kisah terbabit menarik perhatian ramai pihak termasuk bekas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kesal dengan berita terbabit.
"Peniaga burger kena kompaun RM50 ribu?? Sebelum ini pelajar kena kompaun RM1500.
"Mana rakyat nak cari duit nak bayar kompaun macam ni? Kenapa tak ada budi bicara dan tegur kalau ada salah?" tulisnya di Twitter.
Mana rakyat nak cari duit nak bayar kompaun macam ni? Kenapa tak ada budi bicara dan tegur kalau ada salah? https://t.co/wkjQ2Lx6Ub— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 26, 2021
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Unitar