Setiap kali menjelang raya, pastinya isu lambakan barangan yang tersangkut di pusat perkhidmatan kiriman barang atau kurier menjadi topik hangat.

Akibatnya, barangan yang dihantar atau dibeli tidak sempat tiba ke penerima sebelum Aidilfitiri.

Ada yang memahami masalah ini, namun tidak kurang juga yang menyalahkan sistem kurier itu sendiri.

Namun, terbaru di Twitter, isu kurier ini nampak gayanya telah mencetuskan sedikit kontroversi apabila ada yang tampil meminta supaya orang ramai membeli barangan secara atas talian.

Perkara itu diluahkan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syauqia Abu Hasaan menerusi satu posting.

"Aku dah stop beli barang online dua minggu dah.

"Jom yang lain, berhenti sat. Bagi peluang mereka clear dulu yang bertimbun ni, kesian," katanya.

Posting berkenaan kemudian telah dikongsi sebanyak 1,100 kali dan menerima 1,600 likes.

Biarpun ada yang menyambut baik nasihat berkenaan, namun majoriti netizen tidak beranggapan berkenaan.

Kebanyakan mereka menyifatkan itu adalah hak pengguna untuk membeli apa yang mereka suka.

Malah, perkhidmatan kurier sepatutnya menyediakan lebih banyak pekerja terutama ketika perayaan.

Apa pandangan anda?