Penjaga anjing pengesan kesayangan ramai yang dikenali sebagai Blake iaitu Salbuddin Salleh membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

Difahamkan keputusan itu dibuat selepas lebih 72 jam pemergian Blake yang merupakan anjing pengesan milik Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baru-baru ini.

Berita itu dikongsi melalui satu hantaran di akaun TikTok @iraqmantul bersama video yang menunjukkan Salbuddin sedang melafazkan kalimah syahadah.

Video tersebut turut disertakan dengan kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah’.

@iraqmantul #fypシ゚viral ♬ Allah Allah Aghisna - Rivy Kamila

Penghijrahan Salbuddin yang juga merupakan anggota bomba Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu meraih reaksi positif daripada netizen.

Rata-ratanya mengucapkan rasa terharu dan gembira dengan keputusan yang dilakukan Salbudin itu.

Walaupun masih berasa sedih dengan kehilangan Blake, netizen tetap tidak lupa mendoakan kedatangan saudara baru itu.

BACA: Hero Batang Kali, 'Blake' Mati Kerana Kanser

Terdahulu, Blake terpaksa ditidurkan pada jam 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidapi barah limfoma.

Blake yang telah berkhidmat bersama JBPM selama enam tahun telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara.