Viral
Penjaja Diugut Sebar Video Tak Senonoh Selepas Video Call Dengan Wanita Dikenali Di Media Sosial
Seorang penjaja nyaris kerugian RM6,000 selepas diugut seorang wanita yang mahu menyebarkan video tidak senonohnya setelah berkenalan di media sosial pada 25 Julai lepas.
BERITA TRENDING: Ananda Natasha Dedah Punca Andika Ugut Mahu Sebarkan Video ‘Bersama’ - “RM600 Bukan Saja-Saja Minta, Itu Baki Hutang Dia”
Lelaki berusia 47 tahun itu berkata dia berkenalan dengan wanita terbabit melalui Facebook dengan tujuan mahu berkawan dan ingin mencari pasangan hidup.Dia mendakwa wanita itu kemudian menghubunginya menerusi panggilan video kira-kira 11 malam, Ahad lepas sebelum memintanya untuk membuka pakaian.
"Selepas panggilan video itu tamat, tidak lama selepas itu dia menghubungi saya dan mengugut untuk menyebarkan video tidak senonoh itu dan meminta wang RM6,000 tetapi saya cakap saya tidak ada duit," katanya kepada pemberita.
Lelaki itu mendakwa dia juga menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor luar negara pada keesokannya yang memintanya memasukkan wang RM3,000 ke dalam satu akaun.
Bagaimanapun, katanya dia tidak membayar wang berkenaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan setakat ini pihaknya belum menerima maklumat berhubung kes itu.
BERITA TRENDING: Tular Video Peras Ugut Wang Warga Asing, Dua Anggota Polis Ditahan Reman
BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Warga Paris Ugut Berak Beramai-Ramai Dalam Sungai Seine Gara-Gara Olimpik 2024
BERITA TRENDING: Ria Ricis Kena Ugut, Bayar RM87,000 Atau Foto & Video Aib Bersenam Di Gim Tersebar
Sumber: BERNAMAMust-Watch Video