Seramai lebih kurang 1,000 penonton bertuah berpeluang menyaksikan filem aksi komedi paling dinanti-nantikan, Abang Long Fadil 3 di GSC IOI City Mall, Putrajaya menerusi acara tayangan awal Mega Fan Screening Abang Long Fadil 3 hari ini.

Lebih menggamatkan suasana, barisan pelakon Abang Long Fadil 3 juga turut hadir memeriahkan acara. Antara yang turut serta termasuklah Zizan Razak, Elizabeth Tan, Siraj, Ozlynn, Johan dan Daniella.

Filem arahan Syafiq Yusof itu bakal ditayangkan secara rasmi mulai esok, 8 September di pawagam diu seluruh Malaysia.



Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 yang bakal ditayangkan pada 8 September ini turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.



Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini.

Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.