gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezzanie Jasny Dedah Pernah Berada Dalam ‘Toxic Relationship’, Akhirnya Pilih Untuk Putus - “Mentally Torture & Rasa Stress”
HIBURAN
"Saya Adalah Penyanyi Yang Sendu..." - Ada Sebab Erul Samah 'Join' Ujibakat Raise The Star Malaysia
HIBURAN
Alif Satar Syukur Dapat Tunai Solat Berjemaah ‘View’ Gunung Di New Zealand, Sempat Beri Pesanan - “Esok Kat Syurga Macam Manalah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Penonton Jerit ‘Penyondol’, Nissa Sabyan Menangis Atas Pentas?

gempak
Umirah Halim
05/03/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Penonton Jerit ‘Penyondol’, Nissa Sabyan Menangis Atas Pentas?
Meskipun sudah setahun berlalu, namun penyanyi asal seberang, Nissa Sabyan masih menjadi lubuk kutukan orang ramai yang marah kerana berkahwin dengan Ayus yang juga suami kepada sahabatnya, Ririe.

Menangis buat persembahan

Terbaharu, sepotong video memaparkan Nissa yang menangis ketika membuat persembahan di Takalar Fest 2025 berjaya mendapat perhatian ramai.
@arrzean Saat konser Maulan Ya maulana Nissa sabiyan menangis#fyppppppppppppppppppppppp #affiliatetiktok #sorotan #nambahfolowres #nisasabiyanviral ♬ suara asli - Mochi BellY
Namun, apa yang menarik perhatian lagi apabila ada penonton yang didakwa menjerit pelakor (perampas suami orang) ketika dia mendendangkan lagu Ya Maulana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat mereka mengenai tindakan anggota kumpulan Sabyan Gambus tersebut kerana dianggap terlalu keterlaluan.

“Kalau kau siap rebut suami orang siap la dikecam.

“Air mata palsu.
“Macam dia pulak tersakiti ya,” komen beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Kecoh Kes Curang, Sabyan Gambus Bakal Konsert Di Melaka, Ayus & Nissa; “Kami Harus Melanjutkan Perjalanan”
Sebelum ini Nissa atau nama lengkapnya Khoirunnisa Sabyan, 25, hanya menyifatkan gosip sebagai penyondol dan peruntuh rumah tangga teman sekumpulannya itu hanya asam garam dunia hiburan.
Biarpun kecurangan Ayus terhadap isterinya, Ririe Fairus dibongkar adik pemuzik itu sendiri, Nissa tetap mengambil jalan selamat iaitu enggan memberi maklum balas terhadap tuduhan dilemparka
Ayus dan Ririe yang menjalin cinta selama lapan tahun sebelum mendirikan rumah tangga kemudian menoktahkan ikatan mereka pada 24 Mac 2021 iaitu selepas tujuh tahun berkahwin.
Terdahulu, dalam pendedahan menerusi wawancara program Rumpi No Secret Trans TV sekitar 2021, adik Ayus memaklumkan abangnya ‘tertangkap’ selepas dia terlupa memadam perbualan ‘cinta’ antaranya dengan Nissa dalam satu aplikasi chat.
Susulan itu pemuzik terbabit menerusi sebuah video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di media sosial mengaku bersalah dan memohon maaf terhadap Fifie, keluarga dan anggota Sabyan Gambus yang tidak selesa dengan kesalahan dilakukannya.
Sementara itu, sejak khabar pernikahan Nissa yang dicop sebagai pelakor atau perampas lelaki orang dan Ayus tersebar, laman sosial mereka diserang netizen.
Topic Berkaitan
#Menangis
#Sabyan
#Nissa
#Penyondol
Must-Watch Video