Penonton Naik Menyampah Dengan 'Fatimah Gila'... Semak 5 Fakta Menarik Mengenai Azar Azmi!

Kamaruddin Razal
Januari 21, 2019 20:39 MYT
Nama aktres jelita Azar Azmi semakin mendapat perhatian kaki drama serta peminat dunia hiburan.
Terbaru, wataknya sebagai Fatimah dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda mendapat perhatian ramai serta menjadi bualan peminat.
Azar diberi pujian kerana karakternya dalam drama bersiri terbabit berbekas di hati peminat, sehingga watak Fatimah diberikan jolokan sebagai Fatimah Gila.

Bila #pujaanhatikanda ni nak habis? Sakit gila hati dengan si fatimah ni. Drama dia mcm nak kena lempang je

— Hikari (@iykahamran) January 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sumpah aku rasa nak tampor aje si fatimah gila niii #PujaanHatiKanda

— fatin. (@NanaMisrom) January 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

fatimah tu mmg gila. rasa mcm nk sekeh2 ja. hahahahaha

— yismaa (@anatieismail) January 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Fatimah ni dah lah gila takde otak eee orang gila mana boleh jaga baby!

— sabrina✨ (@binabati) January 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat anda yang ingin mengenali gadis ini dengan lebih lanjut, Gempak senaraikan lima fakta menarik mengenai Azar.
1. Pemilik nama penuh Siti Azar Ameerah Azmi ini berusia 30 tahun dan dilahirkan pada 13 Mac 1989. Azar merupakan anak jati Negeri Sembilan.
2. Sebelum mengorak langkah sebagai pelakon, Azar pernah menyertai pencarian Dewi Remaja 2009/2010. Ketika itu, Azar bersaing dengan Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.
3. Azar banyak menerima tawaran sebagai pelakon watak sampingan sebelum mula popular menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang diterajui oleh Fattah Amin dan Neelofa. Ketika itu, Azar membawa watak pembantu bernama Humaira, isteri kepada Dr. Muslim lakonan Ben Amir.
4. Kerjaya lakonan Azar semakin menyerlah dan dia mula mendapat tawaran menjayakan watak utama dalam beberapa karya seperti dalam telefilem Bayangan Emilia bergandingan bersama Fattah Amin, drama bersiri Cinta Fantamorgana bergandingan bersama Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan serta banyak lagi.
5. Nama Azar juga semakin menjadi sebutan selepas dia dipilih untuk memegang watak pelacur bernama Juita dalam drama bersiri Nur 2. Azar dipilih untuk menjayakan watak terbabit selepas aktres Nelydia Senrose memutuskan untuk mengundurkan diri dari membawa karakter terbabit kerana baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah.
Foto: Facebook dan Instagram Azar, Instagram Shahrulezad Mohamedin, Carian Google
#pelakon #Pelakon #Azar Azmi