,
Hiburan

Penting! Ini Langkah Yang Wajib Dipatuhi Jika Beriadah Ketika PKPB

Zulaikha Yusof
05/05/2020
04:14 MYT
Ramai antara kita yang menarik nafas lega apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi maksud sedikit kelonggaran pergerakan awam.
Maka dengan itu ramai yang tidak sabar melakukan aktiviti yang sebelum ini dilarang sama sekali termasuk beriadah.
Justeru apakah langkah-langkah dan peraturan yang masih mengikat anda ketika beriadah?
1. Sekiranya anda adalah orang yang mahu melakukan aktiviti berjoging, anda masih perlu menjaga penjarakan sosial dan tiada hubungan fizikal antara anda dan orang lain. Pastikan jarak anda sentiasa dalam keadaan yang ditetapkan selamat.
2. Apa sahaja aktiviti sosial dan riadah anda, anda dilarang untuk bersalaman dengan orang lain apabila berjumpa.
3. Kalau tempat awam itu ramai orang, mungkin anda perlu mengambil keputusan untuk batalkan niat berlari pada waktu itu. Tunggu sehingga keadaan terkawal dan tidak ramai orang.
4. Anda masih perlu mengamalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dan mandi selepas anda melakukan aktiviti riadah.
5. Jika anda ingin melakukan aktiviti sukan anda dinasihatkan agar terlebih dahulu melakukan regangan pada kadar yang sedikit lama memandangkan anda sudah lama tidak bersukan untuk mengelakkan kecederaan.
Apapun yang anda ingin lakukan, anda masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu ketika PKPB dilaksanakan untuk memastikan anda sentiasa selamat dan mengambil langkah yang sepatutnya.
Anda tidak perlu terlalu teruja untuk melakukan aktiviti tanpa mengambil kira faktor kebersihan dan keselamatan dan banyakkan bersabar.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Langgar SOP PKPB, Neelofa & PU Riz Lepas Tanpa Bebas

gempak
01/12/2021
04:50 MYT
Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz terhadap pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.
Laman Utama

"Memang Salah Untuk Tujuan Riadah" - Polis Nafi Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Siasat Kenyataan Vie Shantie

gempak
21/09/2021
07:04 MYT
Polis lakukan siasatan...
gaya hidup

Lepas Beraktiviti, Sampah Tu Janganlah Buat-Buat Lupa Nak Buang. Sampai Bila Nak Biar ‘Habit’ Macam Ni?

gempak
14/09/2021
02:00 MYT
Kecewa rasanya bila lihat pemandangan seperti ini masi lagi berlaku di taman-taman, lokasi riadah juga sungai yang jadi tumpuan warga Lembah Klang sekarang.
Laman Utama

Individu Di Negeri Fasa 2 Dah Boleh Rentas, Dine In & Riadah, Tapi Untuk Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

gempak
08/08/2021
09:38 MYT
Tapi baca dengan teliti dan jelas bagaimana kemudahan ini terpakai
Laman Utama

Netizen Tanya Anak Ismail Sabri Bila Boleh Rentas Negeri? Nina Sabrina; Saya Pun Akan Menunggu Pengumuman Setiap Hari ..."

gempak
01/04/2021
09:50 MYT
Saya memang jujur ​​tak tau.
Unitar