Telefon pintar kini bukan setakat alat berhubung, malah ia lebih kepada mencerminkan gaya hidup seseorang. Kini dengan adanya OPPO Reno5 F, teknologinya cukup sempurna, melengkapi setiap jiwa tanpa mengira usia.

Tiba masanya untuk bertukar pada telefon pintar baharu, OPPO Reno5 F menampilkan ciri-ciri canggih, up-to-date dengan citarasa moden.

1. Kamera

Telefon OPPO Reno5 F dilengkapi dengan AI Color Portrait Video yang merangkumi kamera selfie dan kamera belakang. Istimewanya lagi, AI Color Portrait menyokong video 720p/30FPS. Kesan keseluruhan video AI Color Portrait juga setanding dengan gambar AI Color Portrait.

Teknologi AI mengenali subjek dan latar belakang manusia dan memisahkannya dengan pintar. Penapis monokrom canggih mempermudah latar belakang yang berserakan untuk mengekalkan warna subjek hanya dalam video.



Selain itu, anda boleh menggunakan kamera selfie dan kamera depan secara serentak. Setelah anda menghidupkan mod ini, layar split akan dipaparkan dengan layar atas akan menunjukkan pratonton kamera belakang dan layar atas memaparkan pratonton kamera menghadap depan secara rawak.



Sebagai contoh, jika anda menghadiri sesebuah konsert selebriti luar negara, anda boleh mengambil foto selfie serta persembahan di depan dengan mudah! Lebih menyeronokkan, aktifkan dua camera ini dengan hanya satu sentuhan. Mulakan merakan video dalam masa yang singkat,

2. Penampilan

Hadir dalam dua warna yang cukup mengancam iaitu Fluid Black dan Fantastic Purple, lapisan matte disatukan ke dalam tekstur berkilat untuk menjadikan kecerunan warna bebas silau, beralih perlahan, dan lembut. Warna Reno5 F adalah pilihan yang popular, menyerlahkan sisi muda dan memberikan anda rasa premium berbanding dengan produk lain yang sama harganya.



Rupanya berstruktur nipis dengan saiz 7.8 mm dan berat hanya 172 gram, ia dilengkapi dengan empat kamera dan dipasang bateri 4301 mAh, Plat grafit 0.1 mm digunakan di skrin untuk menghilangkan haba. Malah, plat grafit yang lebih tebal dan tube grafit digunakan untuk meningkatkan kawalan kenaikan suhu tanpa menjadikan telefon nampak besar. Anda tak punya masalah langsung untuk memegang telefon ini walaupun dalam tempoh yang panjang.

3. Perisian

OPPO Reno5 F direka khas untuk kaki permainan video. Apabila bertukar dalam mode bermain, ia akan menghalang semua notifikasi, panggilan masuk, navigasi, butang suara, butang kuasa, jam penggera, bar status serta pembantu permainan.



Dengan adanya Window Floating Game, anda dapat mempertahankan permainan yang sedang aktif di floating window dan mengakses kembali permainan pada bila-bila masa. Sistem akan mempelajari tabiat permainan anda untuk algoritma yang relevan bagi mengira kekerapan penggunaan. Tambahan lagi, berdasarkan kekerapan penggunaan, permainan akan terus berjalan di latar belakang setelah anda keluar dari permainan.

4. Prestasi

Menggunakan bateri 30W VOOC Flash Charge 4.0, telefon anda akan dicas sepenuhnya hanya dalam masa 56 minit! Selain itu, dengan pengecasan selama lima minit, anda boleh bercakap selama 3.2 jam, menggunakan Instagram selama satu jam dan menonton YouTube selama 2.9 jam. Pada waktu malam, pengawal bateri akan melindungi bateri anda daripada terlebih cas pada tengah malam.

OPPO Reno5 F juga menggunakan MediaTek Octa-core Processor (4GB RAM+ 128/64GB ROM) dengan MediaTek Helio P95 serta boleh memuatkan dua kad Sim 4G.



System Performance Optimizer telefon ini pula akan membolehkan anda menggunakan telefon dalam tempoh yang lama. Idle Time Optimizer dapat mengentahi bila telefon tidak digunakan dan mengoptimumkan sumber sistem dengan tepat. Ini membantu mengurangkan kelambatan dalam telefon kerana usia pengunaannya.

Kepintaran UI First 3.0 dapat mengenal pasti aplikasi latar depan dan tugas yang berkaitan, dan penjadualan dan peruntukan sumber diutamakan untuk tugas-tugas ini bagi memastikan kecekapan dan kelancaran aplikasi latar depan. Jangan berlengah lagi, dapatkan OPPO Reno5 F dengan segera untuk kepuasan penggunaan teknologi terkini.

OPPO Reno5 F tersedia mulai pada 15 April 2021 di Malaysia dan akan didatangkan dengan dua warna termasuk Fluid Black dan Fantastic Purple. Dari kedua-dua warna ini, anda juga akan mendapat dua pilihan storan iaitu 8GB RAM + 128G storan atau kapasiti yang lebih tinggi iaitu 8GB RAM + 256G storan. OPPO Reno5 F akan tersedia untuk dimiliki pada harga pasaran RM1199 di Cawangan My OPPO Space, cawangan OPPO, kedai atas talian rasmi OPPO, rakan telco OPPO, pengedar sah OPPO dan rakan e-dagang OPPO.

Selain itu, para pelanggan yang membeli OPPO Reno5 F akan dapat menikmati ganjaran eksklusif untuk ahli My OPPO, di mana pengguna Reno5 F boleh menebus kod promo bernilai RM100 dan Tiket Wayang GSC & Kombo Popcorn di My OPPO App!

OPPO Online Store: https://www.oppo.com.my/products/Reno5F/260
Shopee: https://shopee.com.my/universal-link/product/12017474/7784221078/
Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.Y50bvB?intent=false&fallback=true&url=https%3A%2F%2Fpdp.lazada.com.my%2Fproducts%2Fi2061979857.html%3Fspm%3Da1zawi.20038917.content_wrap.5.6b664edfHVT39A