Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

Firdaus
16/07/2024 13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.

Diwarnai dengan budaya yang pelbagai, berikut merupakan lima filem yang memaparkan realiti kehidupan berbilang kaum dalam Malaysia:

1. Estet (2010)



Estet ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2010 arahan Mamat Khalid dibintangi oleh Farid Kamil, Jasmine Micheal dan Gandii Nathen.

Filem ini mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air. Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.

Filem ini juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia ke-22, malangnya akibat masalah teknikal, filem ini tidak tersenarai sebagai filem yang bertanding pada festival berkenaan. Filem ini akan dibawa bertanding pada festival filem yang berikutnya.

2. Ola Bola (2016)



Ola Bola merupakan sebuah filem drama sukan Malaysia 2016 arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Bront Palarae, Mark Williams, Lim Jian Wen, Eric Teng, Taufiq Hanafi dan Katrina Ho.

Ola Bola mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016 dan telah memenangi empat dari lima belas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.

3. Sepet (2005)



Diarahkan oleh Yasmin Ahmad, Sepet mengisahkan percintaan antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Perkataan sepet itu sendiri bermaksud mata yang bersaiz kecil atau kuyu dan biasanya dirujuk kepada bangsa Cina kerana rupa bentuk mata mereka yang sepet.

Sepet menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ng Choo Seong, Linus Chung, Ida Nerina, Adibah Noor dan Harith Iskandar.

4. Nasi Lemak 2.0 (2011)



Nasi Lemak 2.0 merupakan filem Malaysia 2011 arahan sulung Namewee. Menceritakan tentang Cef Huang (Namewee) yang berhadapan dengan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya.

Nasi Lemak 2.0 dilakonkan oleh Namewee, Karen Kong, Afdlin Shauki, Adibah Noor dan David Arumugam.

5. Gold (2024)



Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

BERITA TRENDING:#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

​BERITA TRENDING:#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

​BERITA TRENDING:#Gold: “Kalau Tak Suka Saya Pulangkan Balik Duit” - Adrian Teh

​BERITA TRENDING:#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
#Filem #Malaysia #India #Top 5 #Melayu #Budaya #Realiti #Cina #Gold