Hiburan
Penuh Emosi, Hisyam Hamid Belanja Nyanyi Lagu Bukan Lagi Kita, Netizen Komen; "Sedap Suara Tapi..."
Pelakon Hisyam Hamid mencuri tumpuan netizen selepas berkongsi satu video di akaun TikTok miliknya.
Nyanyi lagu Nadeera
Menerusi hantaran tersebut, Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, memuat naik dirinya menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian asal penyanyi Nadeera Zaini.
undefined ”Lagu tengah melekat, nanti bila dah menyampah aku delete lah ye,” tulis pelakon drama Andai Tiada Itu di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, beralih ke ruangan komen rata-rata netizen mengambil peluang ‘membahan’ alunan suara duda anak dua tersebut.
“Sedap suara tapi Berlakon je lah bang.
“Tak tergamak saya dengar.
“Tergamak abang menyanyi.
“Kejap bunyi sedap, kejap bunyi tak berapa nak sedap, tapi saya tetap minat abang," komen beberap netizen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis perkongsian Hisyam Hamid itu menerima lebih 7,000 tanda suka dan hampir 200,000 tontonan.