Bagi yang sudah menonton filem Penunggang Agama pastinya memperoleh pelbagai pengajaran daripada watak dan jalan cerita yang ditampilkan.

Genre seram thriller dengan elemen islamik ini jarang sekali dipertontonkan kerana penunggang agama merupakan satu isu yang sensitif.

Berikut 7 pengajaran yang diperoleh menurut pandangan daripada salah seorang penonton iaitu Hafiz Suib:

1. Jangan Mudah Percaya Orang Dari Cara Pakaian

Dukun zaman sekarang semua dah pakai jubah dan berserban.

2. Dapatkan Perawat Yang Syarie

Jika nak dapatkan perawat, pastikan yang syarie dengan menggunakan ayat Al-Quran dan doa-doa yang didengari dengan jelas.

Bukan hanya dengar angin dari mulut yang terkumat-kamit.

3. Jauhi Kekufuran & Syirik

Sesungguhnya kekufuran dan kesyirikan hanya akan mengundang syaitan dalam diri kita.

4. Amalkan Doa & Zikir

Amalkan doa, zikir dan rajinkan membaca Al-Quran terutama surah Al-Baqarah dan Al-Imran di dalam rumah agar syaitan tidak masuk.

Kerana Nabi menyebut dalam hadisnya.. Sesungguhnya syaitan tidak masuk ke dalam rumah yang dibacakan Al-Baqarah dan tukang sihir tidak mampu mengalahkan orang yang membaca surah itu.

5. Jangan Percaya Dengan Orang Yang Boleh Lihat Benda Ghaib Sebagai Kasyaf

Itu adalah gangguan jin. Rujul Al-Quran surah Al-A'raf ayat 27 dan Ali Imran ayat 179.

6. Syaitan & Tukang Sihir Tak Mampu Buat Apa-Apa Tanpa Izin Allah

Sesungguhnya syaitan atau tukang sihir tidak mampu memudaratkan kita jika bukan dengan izin Allah. Rujuk surah Taha ayat 69 dan Al-Baqarah ayat 102.

7. Jangan Terus Percaya Cakap Perawat

Jangan terus percaya dengan kata-kata perawat yang mengatakan anda kena sihir. Boleh jadi itu hanya fitnah syaitan yang nak memecah-belahkan umat Nabi Muhammad. Apa lagi kalau dari mulut orang yang tengah dirasuk.

Untuk makluman, Penunggang Agama masih kekal berada di kedudukan pertama dalam carta filem Top 5 Astro First.

Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.

Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.

BACA: Azira Shafinaz Harap Umat Islam Percaya Dengan Allah, Bukan Penunggang Agama

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.