Laman Utama
Azira Shafinaz Harap Umat Islam Percaya Dengan Allah, Bukan Penunggang Agama
Pelakon Azira Shafinaz, 30, menyatakan dia tidak pernah lagi bertemu empat mata dengan golongan penunggang agama.
Menurut Azira, isu ini agak sensitif namun sebagai orang beragama Islam kita perlu percaya dengan ajaran Allah.
"Saya tidak pernah berjumpa dengan orang sebegitu tapi sering mendengar cerita-cerita daripada orang lain.
"Isu penunggang agama ini sebenarnya agak sensitif. Apa yang saya boleh cakap adalah semuanya berbalik kepada kita sendiri.
"Sebagai orang Islam, apa yang kita belajar selama ini perlulah difahamkan betul-betul," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Azira yang memegang watak Ustazah Anna dalam filem Penunggang Agama berharap agar masyarakat tidak terlalu obses dengan manusia kerana khuatir tersalah langkah.
"Kalau lihat contoh dalam filem Penunggang Agama ini, pengajarannya adalah kita wajib yakin dengan Allah. Bukannya kita percaya apabila manusia tolong kita, sesuatu itu akan menjadi lebih baik.
"Jadi, janganlah terlalu obses terhadap seseorang kerana dibimbangi mereka adalah golongan penunggang agama yang mempunyai motif lain seperti mahu cepat kaya," katanya lagi.
Selain Azira, Penunggang Agama arahan pengarah Syafiq Yusof ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat lain antaranya Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang kini sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Must-Watch Video