Bila nak raya ni macam-macam gelagat keluar.

Terbaru, kisah seorang lelaki yang tersilap membeli barangan kerepek viral di media sosial.

Difahamkan, lelaki berkenaan pada awalnya mahu membeli 70 bungkus kerepek sahaja. namun tersalah beli hingga 70 kotak kesemuanya.

Kisah tersebut viral selepas dikongsi oleh anaknya di Twitter.

"Ayah saya patutnya nak order 70 paket tapi yang sampai 70 kotak," katanya.

Sehubungan itu, dia dan bapanya membuat keputusan untuk menjual semua kerepek tersebut.

Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi sebanyak 3,000 kali.

Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan posting tersebut.

Namun, ada juga yang bersimpati dengan nasib malang keluarga berkenaan yang tersilap membeli ketika menjelang hari raya.