Misi Bantuan Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai, Nadir Al-Nuri Bongkar Lima Perkara Ini - "Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka..."Enggan kemelut misi kemanusiaan pendakwah Ustaz Ebit Lew menjadi lebih teruk, rakyat Malaysia tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman tampil membuat penjelasan sebenar.

Menerusi saluran Telegram miliknya, Nadir berkongsi beberapa perkara setelah menerima pelbagai persoalan, cacian dan fitnah daripada beberapa pihak.

Menurut Nadir, dia tidaklah mewakili mana-mana pihak dan ia berdasarkan pengalaman peribadi sendiri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung berkaitan misi ke bumi Gaza oleh kru dan pasukan Ebit Lew.

“Walaupun saya jauh berkelana di bumi Gaza dan tidak mengenali Ebit Lew secara dekat, saya telah mengikuti semua cerita-cerita kebajikanya di Malaysia.

“Menjadikannya inspirasi untuk mendapatkan semangat terus bekerja serta berbakti di bumi Gaza ini khususnya di waktu-waktu tertekan dengan cabaran kerja-kerja NGO.

“Walaupun ada suara kecil hati pernah terdetik untuk berehat dari dunia kemanusiaan ini yang dikecimpung setiap hari setiap jam sejak 2013 di sini.

“Alhamdulillah hasil inspirasi daripada orang-orang hebat dan sokongan rakyat saya gagahkan diri terus berbakti dan bekerja tanpa menoleh ke belakang,” katanya.

Jelas Nadir, secara peribadi dia tidak pernah menyimpan perasaan dengki, iri hati serta memperlekehkan perjuangan Ebit Lew.

“Seorang insan hebat dan terkenal di bumi Malaysia. Penulisan ini hanyalah tidak lain sebagai teguran kasih-sayang, iktibar dan pedoman untuk mendidik terutama bagi diri saya, pasukan Ebit Lew dan semua yang terlibat.

“Saya pasti Ebit Lew dan pasukannya sebagai contoh dan pedoman kepada masyarakat yang sentiasa mengajak kepada berkasih-sayang dan persaudaraan mampu menerima nasihat dan pandangan daripada rakan seagamanya.

“Terlebih dahulu saya juga meminta maaf sekiranya kata-kata saya sebelum ini di salah ertikan atau ditafsirkan oleh pihak media, pasukan Ebit Lew dan masyarat sebagai unsur-unsur dengki atau mengejek.

“Walau jauh sekali di lubuk hati saya berfikir sedemikian,” katanya.

Menerusi saluran Telegram itu, Nadir turut membuat beberapa coretan berkaitan misi bantuan Ebit Lew ke bumi Gaza dan Misi pasukan Ebit Lew ke bumi Gaza.

“Nampak serupa tapi tidak sama,” katanya lagi.

Anda boleh lihat penjelasan Nadir serta kronologi isu tersebut sini, Telegram,

Sekadar info, Ustaz Ebit Lew berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu sebelum memasuki Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

BACA :Misi Bantuan Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai, Nadir Al-Nuri Bongkar Lima Perkara Ini - "Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka..."