Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Penyanyi Ada Cara Mereka Tersendiri” - Afgan Tak Nafikan Akan Ada Netizen Buat Perbandingan, Nasihat Jangan Baca Komen Kalau Tak Kuat

Asyraf Roslan
01/10/2024 08:55 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Afgan berpendapat bahawa penyanyi, Mahalini tidak seharusnya mendengar komen-komen yang cuba membandingkan dia dengan penyanyi asal lagu Sampai Menutup Mata, Acha Septriasa.

Bagi Afgan, setiap penyanyi di dunia itu mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mewarnai sesebuah lagu yang mereka sampaikan.

“Pasti ada yang akan cuba membandingkan kita dengan orang lain.

“Tapi saya yakin setiap penyanyi itu mempunya karakternya yang tersendiri, hanya ada satu Mahalini, hanya ada satu Acha. Semua orang ada cara mereka untuk mewarnakan sesebuah lagu itu,”

“Kadang-kadang komen sebegini kita tak perlu dengar, sebab saya yakin setiap penyanyi ini mempunyai tempat di hati peminat-peminatnya,” kata Afgan kepada Gempak.

Pada masa sama, Afgan juga mengakui tidak pernah berdepan dengan situasi berkenaan kerana dia sentiasa mengelak daripada membaca komen-komen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan Nasi Kandar & Mandi Pantai, Afgan Tak Sabar Nak Buat Konsert Di Pulau Pinang

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Terbesar Di Malaysia, Afgan Akui Gementar - “Sebagai Seorang Manusia Saya Juga..”

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”


Pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini memberitahu dia bertindak sedemikian bagi menjaga kesihatan mentalnya.

“Saya tak pernah baca komen, jadi saya cuba jauhi media sosial sebab saya tak nak baca komen yang boleh mempengaruh minda saya dengan benda-benda yang negatif.

“Mungkin pernah ada yang membuat perbandingan cara saya menyanyi tapi saya tak pernah baca, saya memang akan elak. Tapi kalau saya buat promosi lagu saya akan baca sebab saya perlu dapatkan feed back dari peminat saya untuk karya baharu saya.

“Jadi saya memang elak untuk buka media sosial, saya hanya post sahaja dan ini baik untuk kesihatan mental saya, dari saya asyik terfikir lebih baik saya tidak baca komen-komen itu” tambahnya.

Afgan ditemui media selepas sidang media konsert Afgan Live in Penang 2024 pada Isnin.

Terdahulu Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.

Walaupun Mahalini berjaya membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri, peminat masih lagi memilih nyanyian Acha yang menurut mereka lebih menusuk ke dalam hati.

#Acha Septriasa #Afgan #Sampai Menutup Mata #Mahalini
;