Hiburan

Makan Nasi Kandar & Mandi Pantai, Afgan Tak Sabar Nak Buat Konsert Di Pulau Pinang

gempak
Asyraf Roslan
01/10/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Makan Nasi Kandar & Mandi Pantai, Afgan Tak Sabar Nak Buat Konsert Di Pulau Pinang
Penyanyi, Afgan akui teruja untuk datang ke Pulau Pinang bagi konsert Afgan Live in Penang Disember ini.
Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgan Shahreza,35, dia mungkin akan meluangkan masa beberapa hari di Pulau Pinang selepas selesai mengadakan konsertnya nanti.
"Ini pertama kali saya pergi ke Pulau Pinang.
"Saya sangat teruja, sebab saya dengar dekat sana ada laut jadi saya boleh berenang di pantai.
"Saya suka pantai, mungkin selepas habis konsert saya akan extend untuk beberapa hari disana untuk berehat," ujar Afgan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Terbesar Di Malaysia, Afgan Akui Gementar - “Sebagai Seorang Manusia Saya Juga..”

ARTIKEL BERKAITAN: Dynamic Duo! Afgan & Lyodra Teruja Hiburkan Peminat Di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”

Pelantun lagu Lenggang Puspita ini juga berkata selain berkunjung ke pantai dia juga tidak sabar untuk mencuba makan nasi kandar.
"Saya juga teruja nak pergi makan disana.
"Mungkin nak cuba Nasi Kandar," jawabnya ringkas.
Afgan akan menemui peminatnya untuk konsert Afgan Live in Penang pada 28 Disember 2024 yang bertempat di Spice Arena Pulau Pinang.
Peminat sudah boleh dapatkan tiket menerusi Ticket2u.com.my dengan harga bermula RM138 sehingga RM388.
Untuk Info, ini merupakan konsert solo terbesar Afgan di Malaysia selema berkecimpung dalam industri seni suara.
Terdahulu, Afgan akui gementar untuk mengadakan konsert di Pulau Pinang kerana pertama kali dia membuat konsert di lokasi yang boleh menampung penonton sehingga 7,000 orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024