Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penyanyi Bebe Rexha Menangis Teresak-Esak, Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat Akibat Bercakap Bahasa Albania

Gempak
19/08/2024 14:55 MYT
Penyanyi yang popular dengan lagu I Got You, Bebe Rexha gagal menahan diri daripada menangis akibat berdepan diskriminasi ketika di lapangan terbang.

Jelas Rexha, dia 'diancam' oleh pegawai keselamatan lapangan terbang disebabkan dirinya berkomunikasi dalam bahasa Albania.

"Saya diugut dan diancam kerana saya fikir pegawai keselamatan lapangan terbang warganegara Albania.


"Saya bercakap dengannya dalam bahasa Albania, bertanyakan di mana lokasinya untuk saya mendapatkan tiket saya, sekarang dia menghalang saya daripada menaiki pesawat," ceritanya dalam hantaran video di media sosial.

Hate crime


Malah, Rexha tidak menyangka dirinya berdepan dengan kebencian hanya disebabkan dirinya berketuruan Albania.

"Saya percaya inilah 'hate crime' kerana saya berketurunan Albania. Dia tidak membenarkan saya mengambil namanya. Dia terus membuatkan saya rasa terasing.

"Tiada seorang pun wanita di lapangan terbang datang dan melakukan sesuatu," tambahnya.

Dihubungi syarikat penerbangan


Difahamkan wakil syarikat penerbangan terbabit telah menghubungi penyanyi itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

"Kami telah berhubung dengan Bebe Rexha dan cuba memahami situasinya.

"Sebagai pengendali rangkaian penerbangan antarabangsa, kami sentiasa berhubung dengan sesiapa sahaja seluruh dunia.


"Pelanggan dan pekerja kami daripada seluruh dunia. Diversiti dan peluang sama rasa merupakan pegangan asa kepada syarikat dan budaya korporat kami. Kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang diskriminasi," ujarnya.

Kemudiannya, Rexha mengesahkan telah dihubungi oleh wakil syarikat penerbangan berkenaan.

"Saya tidak pernah beremosi sebegini, pihak syarikat penerbangan terbabit telah menghubungi saya dan saya memohon agar mereka melakukan siasatan terhadap individu yang telah menyalahgunakan kuasanya itu," tambahnya.

Rexha memulakan karier muziknya menerusi penulisan lirik penyanyi lain antaranya Eminem, Selena Gomez dan Nick Jonas sebelum tampil dengan album sendiri berjudul Expectatios pada 2018.

BERITA TRENDING: “Jumpa Di Akhirat Nanti” - Tak Pernah Putuskan Hubungan, Zainal Abidin Akui Dengar Khabar Angin Anak Nikah

BERITA TRENDING: Risau Kes Jenayah Banyak Berlaku, Mark Adam Beri Pesanan - “Jangan Berjalan Sorang-Sorang, Paling Baik Jangan Keluar Malam”

BERITA TRENDING: Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terkini Ira Kazar - "Cantik, Macam Orang Turki"

BERITA TRENDING: Tertekan Dengan Sinior, Doktor Pelatih Suntik Diri Dengan Ubat Bius Hingga Maut


Dia dilahirkan di New York dan kedua-dua ibu bapanya berketurunan Albania.

Sumber: Page Six, The Standard

#Penyanyi #Menangis #Pesawat #Albania #Bebe Rexha #Negara Albania