Skip to main content

Budaya Popular

Risau Kes Jenayah Banyak Berlaku, Mark Adam Beri Pesanan - “Jangan Berjalan Sorang-Sorang, Paling Baik Jangan Keluar Malam”

astro_gempak_risau-kes-jenayah-banyak-berlaku-mark-adam-beri-pesanan-jangan-berjalan-sorang-sorang.jpg
Advertisement

Penyanyi, Mark Adam menasihatkan orang ramai terutamanya remaja supaya mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan diri.


Jangan keluar malam

Mark menerusi hantaran di akaun Instagramnya memberikan beberapa tips sebagai langkah tambahan keselamatan memandangkan terdapat banyak kes jenayah yang dilaporkan baru-baru ini.

Advertisement

“Wahai adik di luar sana, musim sekarang agak bahaya banyak jenayah yang berlaku di luar sana, adik jangan keluar berseorangan.

“Jangan keluar di tempat yang adik tak biasa, jangan percaya dengan orang yang adik tak kenal, kalau nak keluar bagi tahu dan bagi ayah atau abang teman adik.

“Jangan berjalan sorang sorang  dan yang paling baik jangan keluar malam,” tulisnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

Terdahulu, selain Mark, pelakon Sweet Qismina juga turut mengingatkan orang ramai agar jangan berkongsi lokasi di media sosial kerana boleh menjadi perhatian mereka yang mempunyai niat tidak baik.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement