Anggota kumpulan Fly With Me, So Young mengakui tersinggung dengan tindakan netizen dari Malaysia yang mengejek nama pentasnya, Baby Fly.

Menyamakan dengan makna panggilan khinzir, ujar So Young dia tertanya-tanya punca dia dibuli sedemikian di media sosial.

"Warga Malaysia yang datang ke sini untuk mengejek nama saya, kenapa anda berbuat sedemikian? Hanya kerana nama saya menjadi gurauan, anda gembira?

"Saya tak berminat dengan bahasa kamu dan tak kisah pun apa maksud nama saya dalam bahasa kamu.

"Saya tak mengenali negara kamu sebelum ini tetapi kini saya langsung tak berminat untuk mengetahuinya," tulisnya di Instagram.



So Young turut menutup ruangan komen Instagramnya dan mengakui tidak akan teragak-agak untuk menyekat akaun yang masih terus menghina namanya.

Terdahulu, akaun Instagramnya diserang pengikut dari Malaysia dengan ayat sarkastik yang mempermainkan nama pentasnya.



Malah, ada yang meminta penyanyi itu menukarkan nama pentasnya kepada panggilan lain bagi mengelakkan salah faham.

Sebelum So Young, penyanyi Dua Lipa pernah diserang netizen Malaysia apabila memanggil bapanya dengan gelaran babi (bermaksud bapa dalam bahasa Albania).