Penyanyi kumpulan Roxette, Marie Fredriksson meninggal dunia pada usia 61 tahun, kelmarin.

Marie yang menganggotai Roxette bersama Per Gessie popular dengan pelbagai lagu termasuk ‘It Must Have Been Love,’ dilaporkan sakit sejak ketumbuhan ditemui dalam otaknya pada 2002, lapor Daily Mail.

Akhbar Sweden, The Express memetik kenyataan keluarga Marie memaklumkan penyanyi itu meninggal dunia pada pagi 9 Disember lalu dan majlis pengebumian cuma akan dihadiri keluarga terdekat.

Marie yang meninggalkan suami Mikael Bolyos dan dua anak dilaporkan pengsan pada 2002 ketika joging sebelum ketumbuhan dikesan di otaknya.

Dia menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi selama beberapa bulan tetapi akibatnya buta sebelah mata selain mengalami masalah pendengaran dan tidak dapat bercakap untuk beberapa bulan.

Lagu 'It Must Have Been Love' menjadi lagu yang cukup popular apabila ianya turut menjadi lagu utama di dalam filem 'Pretty Woman' lakonan Julia Roberts dan Richard Gere pada tahun 1990.

Kredit Gambar: WireImage