Penyanyi Legenda, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia
Gempak
18/12/2023 09:55 MYT
18/12/2023 09:55 MYT
Penyanyi legenda, Datuk M Daud Kilau dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak pada Isnin.
"Ayah memang ada penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.
"Sejak tiga hari lalu , keadaannya semakin teruk dan meracau," katanya.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datok, Perak selepas solat Zohor, pada Selasa.
BERITA TRENDING: “Ikutkan Sebelum Ini, Ayah Tak Pernah Ada Masalah Paru-Paru Berair,” - Keadaan M Duad Kilau Masih…
Khabar duka itu disahkan oleh anak lelakinya, Ahmad Zaini, 52, kepada mStar."Ayah memang ada penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.
"Sejak tiga hari lalu , keadaannya semakin teruk dan meracau," katanya.
BERITA TRENDING: M Daud Kilau Kritikal, Alami Sesak Nafas
Ujar Zaini lagi, doktor sepatutnya melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah tidak stabil.Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datok, Perak selepas solat Zohor, pada Selasa.