Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkongsi tips bagaimana untuk kekal relevan dalam industri untuk tempoh yang lama.
Menurut penyanyi lagu Aku Penghibur itu, seseorang penyanyi harus membuat pemerhatian sendiri tentang cara yang sesuai untuk menyerlah dan mengekalkan nama dalam bidang hiburan.
"Pertama sekali kita bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kemudian, pemerhatian untuk diri kita kekal dalam bidang hiburan ini sebenarnya harus kita pelajari sendiri.
"Di samping bakat yang Tuhan berikan, penyesuaian diri itu kita harus lihat dan lakukan sendiri. Kita tahu orang Melayu misalnya memang sukakan kecantikan dan orang-orang yang smart.
"Jadi, promosi diri dan cara kita mendekati orang itu haruslah diusahakan sebaik mungkin.
"Selain itu, sepanjang proses kita bergelar anak seni, banyak juga aspek lain yang perlu dijaga seperti stamina, kelakukan dan macam-macam lagi," katanya kepada Gempak.
Jamal berkata demikian selepas menerima anugerah dan membuat persembahan di Malam Pengiktirafan Nona Superhero Award yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya minggu lalu.
BACA: "Saya Tak Bawa Mereka Ke Mana-Mana" - Jamal Abdillah Risaukan Anak-Anak Kecil Di Rumah, Masih Paranoid Dengan COVID-19
Dalam pada itu, Jamal juga akui bahawa terdapat penyanyi baru zaman kini mengalami kejutan budaya kerana terlalu cepat mengecapi populariti.
"Penyanyi baru sekarang mungkin ada yang mengalami kejutan budaya, macam zaman saya dulu susah nak cari.
"Kita tahu sekarang ada yang tiba-tiba popular, kalau zaman dulu kita buat perkara yang betul, perkara lain seperti populariti, duit dan sebagainya akan menyusul.
"Zaman sekarang pula berbeza, ramai yang fokus pada populariti dahulu, kemudian baru datang kualiti," katanya lagi.
Selain Jamal yang membawa pulang trofi kategori Nona Mens' Legend Award, ikon lain menerima anugerah berkenaan adalah Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah (Nona Superhero Award), Syed Saddiq (Nona Men's Inspiring Award), Awal Ashaari (Nona Men's Style Icon Award) dan ramai lagi.
Asraf Aided
Mon Jan 17 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Sumpah This Is Not Gimik, Ini Real" - Muka Aliff Syukri Kena Cakar, Staff Menggelupur Kena Rasuk Hantu?
Seram! Betul ker ni?

Pilihan Isnin: Aubrey Suwito Dituduh Perli Tok Ti, Isteri Caprice Kena Kacau & Keluang Man Bakal Difilemkan
Boleh tahan ya cerita Isnin ni.

Travis Pakai Jubah Hitam, Kourtney Pula Tak Senonoh, Sehari Sebelum Kahwin Netizen Kata Pasangan Ini 'Malapetaka'?
Cantik tak?

Ditonton 530 Juta Kali, Anjing V BTS Jadi Haiwan Paling Popular Di TikTok
V diketahui mula memelihara anjing yang diberi nama Yeontan pada tahun 2017.

Julia's Secret Recipe | Episod 1
Julia berhenti kerja dan jadi pembantu Bunga di kedainya. Julia tak minat jaga bunga dan kuasa viral menyebabkan hashtag 'BungaIsCancelled' trending di sosial media. Adakah Julia akan minta maaf kepada Bunga dan menebus kesalahannya? Jom saksikan video penuh sekarang.

Dua Tahun Kematian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Sudah Ikhlas & ‘On The Way’ Bahagia
Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

DONT LAUGH SCHOOL - RANI KULUP
Kita ada tetamu istimewa dalam Dont Laugh kalini! Korang rasa korang kenal siapa? Haaa! Jom kita tengok Dont Laugh bersama dengan host kita Iseey dan tetamu jemputan yang pasti akan buat korang gelak tak kering gusi!

Jaja Ishak Bangga Filem The Assistant Bertaraf Antarabangsa! - "Lama Tak Tengok Filem Aksi Lokal Macam Ni"
Ramai puji filem The Assistant!

Tangan Kiri Fareez Fauzi Patah, Tergelincir Ketika Ke Bilik Air
Malang tidak berbau, semoga cepat sembuh Fareez.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Athisha Khan Hadiahkan Bulan Madu Di Villa Mewah Untuk Noor Kartini
Happy wedding anniversary Datuk dan Datin.