Skip to main content

Trend Pasaran

"Penyanyi Wanita Berhijab Nak Menyanyi Silakan, Tapi Tak Payahlah Menari" - Pendakwah Nasihatkan Wani?

wani-luqman-header.jpg

Post ini tiada niat lain, melainkan untuk kembalikan imej dan maruah Muslimah bertudung __ Realiti pada harini, wanita Muslimah hanya berpemikiran bahawa "Islamnya aku itu cukup hanya sekadar bertudung". Dan kebanyakan dari mereka beranggapan pula, "aku dah pakai tudung, so aku dah boleh buat apa sahaja". Ramai dari kalangan wanita pada harini tak faham, konsep sebenar bertudung dan menutup aurat __ Apa yang anda faham tentang menutup aurat? Adakah sekadar tutup, kemudian boleh terkinja-kinja? Salah. Konsep sebenar menutup aurat adalah, menutup bahagian-bahagian yang telah digariskan oleh Syarak, dan dalam masa yang sama hadirkan rasa "Malu" pada diri __ Kerna jika takdak rasa Malu, maka tindakan menutup aurat itu takkan sesekali sampai pada matlamatnya __ Sudah2 lah mendatangkan fitnah kepada wanita bertudung yang lain. Disebabkan anda, ramai wanita lain pada harini yg tak mahu bertudung beralasankan; . "Alah, ustaz. Buat apa pakai tudung. Ustaz tengok sajalah kat luar sana, pakai tudung tapi berzina, pakai tudung tapi merokok, pakai tudung tapi menari, pakai tudung tapi naik moto ngan bf, etc.." __ Baginda SAW pernah bersabda dalam sepotong hadith dari Al-Hasan, . "Sifat malu itu daripada iman, dan iman itu di syurga. Dan kekejian itu dari kerendahan akhlak, dan kerendahan akhlak itu di dalam neraka" __ Wahai wanita, tingkatkan maruahmu dan kembalikan malumu! __ P/s : Jangan tanya chaq hukum wanita menyanyi plak. Sebab ada khilaf 'ulama. Wallahua'lam ? ? __ #donedakwah #donetanggungjawabdiri

A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on

Must-Watch Video

Advertisement