,
Laman Utama

Dalam Masa 24 Jam, Shuib Minta Individu Tuduh Dirinya Freemason Jumpanya Sebelum… – “Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku!”

Syafiqah Jalal
03/07/2023
06:30 MYT
Pelawak Shuib akui sudah hilang sabar dengan individu yang mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dengan dakyah sebuah organisasi tertutup dipercayai Freemason.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, meminta individu berkenaan berjumpa dengannya dalam masa 24 jam sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
“Banyak hari saya sabar. Harini saya terpanggil untuk berkenalan dengaan Mamat ni yang mana tulisannya terlalulah hebat dan berani.
“Kenapa kau libat kan arwah isteri aku Siti Sarah!!! Freemason??? Apa yang kau tahu??? Meh cakap depan-depan aku!
“24 Jam cari aku!!! Lawyer tengah jalankan kerja,tunggu,” tegasnya yang dilihat amat berang.
BACA: Dituduh Ahli Ogranisasi ‘F’, Shuib Bidas Dakwaan Netizen – “Tunggu Kenyataan Dari Pihak Legal Saya”
Terdahulu, individu berkenaan mendakwa kematian Allahyarham isterinya berkaitan dengan agenda vaksin Covid-19 di media sosial hingga tular.
Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit membuat tuduhan Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.
Tulis individu itu lagi, Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.
Pada 23 Jun lalu Shuib yang juga penyampai radio menamatkan zaman duda sebaik bergelar suami kepada ahli perniagaan berusia 35 tahun, Watie Hanifiah.
Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Bagaimanapun, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar