Laman Utama

"Penyebar Sudah Dikenal Pasti, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil Jika..." - Pengurusan Hun Haqeem

Fiza Kamarudin
21/10/2020
15:33 MYT
Berikutan kontroversi melibatkan Hun Haqeem yang dikaitkan dengan individu dalam sebuah video lucah, pihak pengurusan pelakon itu bertegas akan mengambil tindakan terhadap penyebar.
Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) David Teo, selaku pihak pengurusan Hun Haqeem memberitahu, penyebar video lucah juga sudah dikenal pasti.
Menurut David, pihaknya memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada individu terlibat memadam video tersebut atau bakal berdepan tindakan undang-undang.
“Hari ini saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem, artis di bawah pengurusan Metrowealth.
“Banyak artikel, video dan foto telah disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain. Dengan ini saya telah berunding dengan pihak peguam kami, bahawa kita telah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu.
“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direcord.
“Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya menerusi laman Youtube rasmi MIG.
Dalam pada itu David sempat berpesan supaya menggunakan kebijaksaan yang dianugerahkan dan tidak menyebar fitnah.
“Hari ini sangat cerah, Duduk di rumah tiada arah, Kebijaksanaan adalah anugerah, Jangan sekali-kali menyebar fitnah!”
Terdahulu, tersebar video berdurasi 42 saat seorang lelaki mirip Hun yang popular dengan watak Jakfer dalam drama bersiri Kampung People itu dalam keadaan tidak senonoh.
Sebelum penyebaran video tersebut, turut tular beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa mirip pelakon berkenaan.
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat Hun menjadi mangsa teknik 'deepfake' iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Hiburan

Sisih Sengketa! Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo - “Kami Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama…”

gempak
18/07/2024
08:30 MYT
Pelakon Hun Haqeem tampil berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai proses kes saman langgar kontrak membabitkan dirinya dan Pengarah Urusan MIG, Datuk David Teo.
Hiburan

Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann

gempak
16/07/2024
09:36 MYT
Misi Puteri Qaseh diteruskan dalam drama lapan episod Legenda Puteri Qaseh 2.