Umum mengetahui yang telefon bimbit merupakan keperluan asas bagi individu pada masa kini. Dengan adanya telefon bimbit juga, kerja-kerja berhubung dapat dijalankan dengan mudah.

Namun, keinginan untuk memiliki sesebuah telefon bimbit, khususnya yang mahal atau murah adalah tertakluk pada kemampuan seseorang.

Sama halnya seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook baru-baru ini. Menerusi kemas kini tersebut, pengguna Facebook berkenaan berkesempatan bertemu dengan penyewa rumahnya.

Kata pengguna Facebook itu, penyewa rumahnya berasa terbeban selepas terbelenggu dengan hutang bagi membeli sebuah telefon bimbit jenama popular.



“Penyewa saya. Semalam dia nak jumpa. Saya luangkan masa lima minit. Katanya dah terlajak perahu, nasi dah jadi bubur (mungkin?).

“Dia rasa terbeban dengan loan ni. Mulanya dia tunjuk surat, saya fikir loan motosikal. Baca punya baca, loan telefon buah epal. Katanya macam tak berbaloi bila kira-kira balik.

“Baru dua bulan, masih berbaki 34 bulan, bersamaan 2 tahun 10 bulan lagi. Entah, apa yang ada dalam fikiran dia,” katanya.

Pengguna Facebook itu berkata, jika penyewa rumahnya itu bertemu dengannya sebelum membeli telefon bimbit berkenaan, sudah pasti dia menasihati supaya tidak teruskan niat berkenaan.

“Masa mula-mula terfikir nak buat loan ni, kalau dia jumpa saya dulu, confirm saya cakap tak payah. Syarikat tu bukan jual telefon, mereka jual gaya hidup. Dan gaya hidup yang ada 'status' selalunya tak murah.

“Dia tanya apa penyelesaian? Entah, saya pun tak tahu. Sebab saya tak pernah study loan macam ni. Mungkin ada kawan-kawan dalam ni yang boleh bagi penyelesaian kepada kekusutan yang melanda beliau.

“Kesian, tapi itulah, orang putih kata, damage has been done. Orang melayu kata nasi dah jadi bubur,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan nasihat supaya berpada-pada dalam berbelanja.

“Antara kehendak dan keperluan, bersederhanalah dalam hidup. Kalau ikutkan kehendak, semua nak. Fikirkanlah keperluan masa depan juga,” tulis seorang netizen.