Pelakon Keith Foo menjadi perhatian selepas memuatnaik foto isteri sedang menyusukan anaknya, Skylar yang baru berusia 10 hari menggunakan botol.
Foto yang dimuatnaik oleh Keith Foo semalam mengundang rasa tidak senang hati seorang pengikut Instagram (IG)nya yang menggunakan id, yati_tahir2015.
“Cepatnya bagi susu botol. Kenapa tak ‘breastfeed’ @keithfoo?” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun pertanyaan itu membuatkan beberapa pengikut IG ‘naik hantu’ dengan komen yang diberikan dan mengecam tindakannya yang dikatakan tidak prihatin.
Selain itu, mereka juga turut melabelkan yati_tahir2015 sebagai seorang yang suka menyibuk tentang hal rumah tangga orang lain.
“Kepada yang berikan komen berkenaan botol susu, harap awak memahami apa yang ingin saya sampaikan.
“Sesetengah ibu tidak dapat memberikan susu badan dan ada juga yang memilih untuk memberikan susu dengan menggunakan botol. Dua-dua cara itu tidak menjadi satu masalah asalkan bayi kenyang, itu yang penting.
“Agak kurang sopan untuk bertanyakan soalan berkenaan secara terbuka, mungkin perkara itu agak sensitif bagi sesetengah orang. Jika benar-benar ikhlas ambil berat, lebih baik tanya secara ‘private message’, bukannya jadi macam makcik-makcik yang tegur ikut suka,” – Fizznadirah
“Penyibuk je makcik Yati tu. Suka jaga tepi kain orang. Tipikal makcik-makcik,” – Nurskyler
“Kenapa kalau botol susu? Salah ke? Jaga adab sikit boleh tak? Tak sopan nak tanya soalan macam itu,” - haneemnoor.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat