gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Tak Mahu Susahkan Keluarga, Araff Hampir Tidak Sertai Ujibakat - “Saya Faham Dengan Kekangan Hidup…”
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Ayu Panggil Ambulans Sebab Tengok Baby Dah Tak Sedarkan Diri, Meninggal Dunia Ketika Tidur" - Che Ta

gempak
Amri Hassan
11/02/2025
12:10 MYT
Sponsor Banner
"Ayu Panggil Ambulans Sebab Tengok Baby Dah Tak Sedarkan Diri, Meninggal Dunia Ketika Tidur" - Che Ta
Kakak kepada pelakon Ayu Raudhah, jelitawan Rozita Che Wan berkongsi perkembangan terkini insiden anak saudaranya, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang meninggal dunia pada Selasa.

BERITA TRENDING: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia - “Doakan Saya & Isteri Kuat Untuk Dugaan Ini”

Meninggal dunia dalam tidur

Jelas Che Ta, berita diterima daripada Ayu menyatakan anak kepada pasangan itu meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.
"Arwah meninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari tadi ketika di rumah. Ayu panggil ambulans sebab tengok baby sudah tak sedarkan diri, meninggal dunia dalam tidur.
"Jenazah sekarang masih di Hospital Rembau dan harap dapat dikebumikan pada malam ini," kongsinya.

Setiap minggu datang tidur rumah

Che Ta menyifatkan Aisy seorang bayi yang baik dan rapat dengannya sejak dilahirkan.

"Dia baby yang baik amat-amat. Mereka kan selalu datang tidur di rumah jadi memang rapatlah dengan baby. Boleh kata setiap minggu depa mai tidur rumah.

"Hari ni genap usia enam bulan sembilan hari," tambah Che Ta.
Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

BERITA TRENDING: Netizen Terhibur Tengok Gelagat Zaquan Adha Buat ‘Taklimat Anak Ramai’ -“Dengan Ini Saya Ingin Mengumumkan…”

BERITA TRENDING: “Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini
Topic Berkaitan
#Viral
#Anak
#Che Ta
#Meninggal Dunia
#Rozita Che Wan
#Ayu Raudhah
#Zaquan Adha
#Seremban
#Anak Saudara
Must-Watch Video