17 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Susah dan senang, suka dan duka, turun naik semuanya diharungi bersama. Itulah nilai persahabatan dua orang pereka fesyen ternama di Malaysia, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil, atau lebih dikenali sebagai satu jenama, Rizman Ruzaini.

Bermula sebagai sahabat ketika sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), mereka mula mencipta penjenamaan mereka dalam industri fesyen tanah air.

Rekaan mereka berdua sering menjadi pilihan bukan sahaja oleh kerabat-kerabat diraja, malah orang-orang ternama di Malaysia, Singapura dan juga Brunei.

Selebriti-selebriti terkemuka tanah air juga sering memilih Rizman Ruzaini sebagai pereka fesyen mereka termasuklah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Di majlis resepsi perkahwinan sahabatnya, Ruzaini bukan sahaja memberikan ucapan yang menyentuh perasaan para hadirin, tetapi turut menghadiahkan sebuah video yang membuatkan ramai sebak.

Video gambar-gambar persahabatan mereka sejak di kolej diadun dengan sebuah lagu Hindi yang bertajuk Yeh Dosti Hum Nahi Todenge yang diambil daripada filem Sholay pada tahun 1975 lakonan Amitabh Bachchan dan Dharmendra.

A brother is someone who knows there’s something wrong even when you have the biggest smile on your face... @rizman.n #rizmansuraya

A post shared by جميل (@jamil.ruzaini) on


Lagu yang mengisahkan tentang persahabatan itu yang pada asalnya merupakan sebuah lagu rancak, kemudiannya dijadikan lagu penuh sentimental dan lebih memberikan impak apabila bait-bait lagu tersebut turut dialih bahasa kepada Bahasa Inggeris.

Rakaman majis resepsi bersama video tersebut turut dikongsi ramai selebriti tempatan yang hadir pada malam tersebut seperti Ning Baizura, Fazura, Fattah Amin serta tetamu-tetamu lain.

"We will eat and drink together, we will live and die together, all our lives forever, I will never ever break our friendship" adalah antara bait-bait lagu tersebut.

Rizman Nordin dan pasangannya Nurida Suraya selamat diijabkabul pada 13 September 2019 manakala Ruzaini Jamil dan isteri, Nurul Hidayati Yahya mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016.