Hiburan

Perancangan Untuk Bawa Hubungan Dengan Intan Ladyana Ke Peringkat Lebih Serius? Ini Jawapan Harris Alif

gempak
Kamaruddin Razal
29/05/2020
01:21 MYT
Sponsor Banner
Perancangan Untuk Bawa Hubungan Dengan Intan Ladyana Ke Peringkat Lebih Serius? Ini Jawapan Harris Alif
Pelakon, pengacara dan penyanyi remaja, Harris Alif, 21, masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan cintanya dengan aktres Intan Ladyana, 38, ke peringkat yang lebih serius.
Mengakui sedang rapat dengan Intan, Harris sudah menyulam cinta dengan bintang filem Jangan Pandang Belakang itu semenjak beberapa bulan lalu.
"Perancangan untuk ke next step dalam masa terdekat ni? Belum ada lagi. Rasanya masih awal lagi untuk memperkatakan mengenai perkara terbabit.
"Kita semua pun masih berada dalam 'mood' Raya dan setakat ini, tiada sebarang perancangan.
"Buat masa ini, kita sama-sama 'looking forward' untuk kembali bekerja memandangkan sudah lama bercuti akibat Perintah Kawalan Pergerakan semenjak Mac lalu," kata Harris ketika dihubungi Gempak.
Juara Idola Kecil 3 ini mula dikhabarkan sedang menyulam hubungan cinta dengan aktres itu selepas memuat naik foto mengenakan pakaian raya sedondon bersama Intan di laman sosial Instagram miliknya.
BACA: Beza Usia 17 Tahun, Muat Naik Foto Baju Raya Sedondon... Harris Alif Bercinta Dengan Intan Ladyana?
Mengakui perkara terbabit, Harris mendedahkan dia terpikat dengan Intan yang mempunyai keperibadian baik.
BACA: "Hati Dia Sangat Baik" - Jarak Usia 17 Tahun Tak Halang Harris Alif Jalin Hubungan Dengan Intan Ladyana
Dalam perkembangan terbaru, Harris kini aktif mengacarakan program hiburan MPop!.
"Setakat ini saya aktif mengacara dan perancangan lain dalam dunia seni terpaksa ditangguh dahulu kerana penularan wabak COVID-19.
"Saya sendiri tak tahu bila akan kembali mula bekerja tetapi saya berharap agar pandemik ini akan segera berlalu dan semua orang terus mengekalkan keselamatan masing-masing," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live