Hiburan
‘Perang’ Antara Didi Astillah Dengan Aisyah Aziz, Masing-Masing Pertahan Kakak & Abang
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dengan Aliff Aziz bertambah rumit apabila adik perempuan kepada mereka berdua iaitu Didi Astillah serta Aisyah Aziz pula yang ‘berperang’ di laman sosial.
Ia bermula selepas Didi mengeluarkan kenyataan berhubung dengan temu bual Aliff di program hiburan pada Ahad kemudian Aisyah pula tampil pertahankan abangnya di Instastory.
“Saya musykil, kenapa obsesnya awak untuk nampak baik sedangkan kita semua perangai kelaot! (ke laut). Cant we just own our mistakes and move on.
“Seolah awak suka main game budak-budak sekolah-complain gosip. Awak silap satu saja. Sebab nak tutup aib awak,awak buka aib orang lain. Ingat dia akan diam sekali dia buka mulut.
“Salah dia, too damn much. Salah awak pun ada juga. Sabar awak masya-Allah. Sabar dia pun ada juga,” antara tulisan Aisyah di Instastory.
BERITA TRENDING: Panas! Didi Astillah Spill The Tea Lagi - “Masa Bersama Isteri Orang Anak Tiga Dari Terengganu, Itu Apa Pula?”
Perkara itu tidak terhenti apabila Didi pula memuat naik paparan skrin perkongsian itu dan tampil mempertahankan kakaknya, Bella Astillah.
“Obses nampak baik? (Cakap dengan cermin please). Saya ini memang tak la baik sangat, tapi kak long saya itu dari sekolah baik boleh tanya semua orang.
BERITA TRENDING: "'Makan Luar' Sebab Jiwa Saya Kosong" - Aliff Aziz Mengaku Curang
“Move on like an adult? (Siapa la yang pergi buka aib kak long saya. Siap panggil kawan-kawan sekolah Aliff untuk mengumpat, hmm video mengumpat pun sampai dua jam. Kalau ikut Didi nak post je semua).
“Siapa yang main game ini? Rasanya korang kot. Tak baca ke WhatsApp Aliff Ruhainies?” antara tulisan Didi membalas kenyataan Aisyah.
Berikut antara ‘peperangan’ berbalas kenyataan di Instastory Didi dan Aisyah ;
Kredit foto Aisyah : IG @female_singapore
Must-Watch Video