"Perangai Dea Dalila Sama Macam Emma Maembong, Jadi Tak Susah Kami Cari Keserasian" - Alvin Chong
Rozaimi Zubaidi
17/08/2018 00:50 MYT
17/08/2018 00:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Alvin Chong mengakui tidak susah untuk mencari keserasian bersama penyanyi dari Indonesia, Dea Dalila dalam single terbaharu iaitu Mencintaimu 99%.
Menurut Alvin, Dea mempunyai perwatakan dan perangai seperti pelakon Emma Maembong membuatkan dirinya mudah untuk bekerjasama dalam mencari keserasian.
"Saya boleh katakan perangan dia sama macam Emma dan disebabkan itu kami mudah mendapatkan keserasian.
"Kami cuma mengambil masa selama dua jam sahaja untuk merakam lagu ini bersama-sama.
"Sikapnya yang bersahaja membuatkan saya selesa dan dalam masa yang sama saya boleh menjadi diri sendiri.
"Sama juga seperti lagu yang ada di pasaran lagu ini berkisahkan tentang cinta dan ia kedengaran lebih santai serta segar untuk didegari oleh orang ramai," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Alvin menjelaskan dia kini terlibat dalam kempen kesedaran anjuran Arthritis Foundation Malaysia bagi para pesakit Ankylosing Spondylitis (AS) di negara ini.
“Penyakit ini biasanya menyerang golongan muda pada bahagian belakang badan. Ia melibatkan penyakit pada tulang belakang.
"Tapi sehingga kini masih ramai yang tidak tahu tentang AS sehinggalah ia didiagnos oleh pakar.
"Saya berharap dengan kempen ini dapat memberi kesedaran pada orang ramai tentang AS ini," ujarnya.