Berita

"Perangai Tak Melambangkan Pakaian" - Emelie Hanif Tampil Perjelaskan Imej Berpurdah

gempak
Rozaimi Zubaidi
20/12/2018
08:15 MYT
Sponsor Banner
"Perangai Tak Melambangkan Pakaian" - Emelie Hanif Tampil Perjelaskan Imej Berpurdah
Pelakon Emelie Hanif tampil menjelaskan watak yang dibawa dalam drama bersiri, Selafaz Cinta sebagai wanita berpurdah adalah sekadar lakonan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Emelie mengakui dia cuma membawa watak tersebut dengan baik dan bukannya ingin memberi perspektif buruk terhadap wanita yang memakai purdah.
"Orang yang tinggi agamanya lebih banyak diuji, Aisyah manusia biasa, ada yang cakap Aisyah ni perangai tak melambangkan pakaian, itu lah manusia.
"Kat sini Aisyah nak bgtau walau macam mana pun seorang perempuan tu, lagi-lagi yang kuat cemburu macam Aisyah, insecure sebab rupa dia, dapat tau suami dia berjumpa dengan perempuan lain, tetap rasa tak sedap hati dan automatic buruk sangka sebab dia manusia yang cemburu buta.
"Jangan la salahkan pakaian Aisyah sebab hati lain-lain. Pokok pangkal diri sendiri, sebab tu Aisyah perlu suami macam Ustaz Faqih untuk bimbing dia.
"Sebab dia serba kekurangan. Kita tak boleh nilaikan seseorang tu dari pakaian dia. Itu la watak Aisyah yang saya cuba sampaikan. #selafazcinta," tulisnya.
Dalam drama Selafaz Cinta, Emelie memegang watak sebagai Aisyah yang merupakan seorang isteri kepada Ustaz Faqih yang dilakonkan oleh Pencetus Ummah (PU) Rizz.
Selain Emelie dan PU Rizz, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Rizz AMin, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.
Selafaz Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024