Penyanyi Datin Alyah akui berbesar hati dapat berjumpa dengan para ilmuan agama ketika mengendali sebuah program keagaamaan bagi sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Paling teruja, Alyah memberitahu dia gembira kerana dapat berkesempatan berjumpa dan bergambar dengan pendakwah terkenal Ustaz Wadi Anuar.

“Nak cerita sedikit kat korang yang saya ni terlalu happy buat program Muhammad Kekasih Agong semalam.

“Perasaan ni tak pernah ada sebelum ni sebab kat sana saya jumpa ramai para ilmuan agama yang sangat merendah diri dan mereka ini menjadi asbab buat saya dan mungkin ramai di luar sana seperti saya yang mencari ilmu bagi pedoman diri, santun akhlak menuju pencinta abadi.

“Salah seorang yang saya hormati Yang Berbahagia Ustaz Wadi Anuar. Terima kasih sudi bergambar dengan saya dan terima kasih untuk Ilmu yang dikongsikan selama ini.

“Saya doakan kesejahteraan buat ustaz, isteri dan seluruh keluarga tercinta,” katanya.

Isteri kepada Datuk Ramli MS itu berkongsi luahan rasanya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini tersebut dia memuat naik rakaman ketika berjumpa dan bergambar dengan pendakwah yang berasal dari Utara itu.

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Entri berkenaan juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bergembira dengan perkongsian itu.

“Sangat tawaduk ustaz..bestnya dapat jumpa…” komen salah seorang warga maya.

“Alhamdulillah.. Seronoknya…kita yang tengok pun tumpang seronok,” kata salah seorang netizen.

Ustaz Wadi Anuar merupakan seorang pendakwah yang kini mula popular di laman sosial dengan ceramah yang ringkas dan mudah difahami.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!