Hiburan

“Perasaan Tu Tuhan Saja Yang Tahu…” - Isteri Menangis Rindu Anak, Issey Akur Arahan Tidak Boleh Pulang Ke Kampung

Fiza Kamarudin
28/05/2020
13:25 MYT
Pelawak dan penyampai radio Issey akur dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan rakyat Malaysia pulang ke kampung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Issey ketika dihubungi Gempak berkata, walaupun hati memberontak mahu bertemu anak-anak, namun arahan larangan merentas negeri perlu dipatuhi.
Apatah lagi apabila melihat wajah sugul isteri, Aimi Jamel yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan tidak dapat bersama mereka di hari mulia. “Isteri saya dapat bertukar tempat kerja dari Kelantan dan bakal mengajar di sekolah di sini (Kuala Lumpur).
“Namun disebabkan pertukaran tersebut berlaku semasa PKP dijalankan, anak-anak ditinggalkan di kampung bersama ibunya.
“Saya faham perasaan sayu seorang isteri yang tidak pernah berjauhan dengan anak-anak, apatah lagi pada 1 Syawal…Kalau boleh mestilah kita nak berkumpul satu keluarga,” katanya.
Perkara tersebut turut dikongsi Issey menerusi laman sosial Instagram (IG)nya dan berharap agar perancangannya untuk menguruskan pertukaran sekolah anak-anak dipermudahkan.
“Perasaan seorang ibu yang rindu dekat anak-anak. Sabar ok sayang @aimi_jamel . Secara ringkas, isteri dapat transfer ke KL semasa PKP, anak tingal dulu dekat mentua sementara tunggu buka sekolah untuk urusan pindah ke KL.
“Lagipun saya bakal berpindah dari rumah sekarang ke kawasan baru. Cuma rumah belum siap sepenuhnya. “Saya dapat cuti masa raya sahaja. Dan kami akur dengan arahan supaya tak pulang ke kampung. Insyallah doa banyak-banyak. Semoga dipermudahkan dan virus berakhir dengan cepat. Boleh kami pulang kelate jumpa anak. Insyallah,” tulisnya pada hantaran video memaparkan isteri sedang menangis.
Dalam pada itu Issey berharap agar rakyat Malaysia terus patuh kepada PKPB sekiranya mahu keadaan kembali seperti sedia kala.
“Patuhlah kepada arahan kalau kita nak semua yang sedang dilalui ini berakhir. Ya, macam mana rindupun kita kepada orang-orang yang kita sayang tapi nak tak nak kita kena bersabar.
“Manalah tahu selepas ini kalau keadaan terkawal kita semua dapat kebenaran merentas negeri. Jadi kalau itu yang kita harapkan, sama-samalah kita berusaha patuh kepada arahan kerajaan,” katanya positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Hiburan

Lagi 5 Tahun, Rakyat Malaysia Bakal Sambut Aidilfitri dan Tahun Baru Cina Secara Serentak!

gempak
16/04/2024
07:00 MYT
Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini