Skip to main content

Viral

“Percaya Mimpi, Percaya Proses..” - Shahrol Imbau Memori Berhenti Kerja Kerajaan, Titip Pesan Buat Namie

shahrol-namie.jpg

Keputusan TikToker dan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS), Namie dari kumpulan UBI meletakkan jawatannya sebagai guru untuk meneruskan impian bergelar anak seni mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya. 

Salah seorang yang terbuka bagi membahaskan perkara tersebut adalah pelawak kumpulan Shiro, Shahrol. 

Menurut Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 38, dia terimbau memori melepaskan kerjayanya ketika bergelar seorang penjawat awam selepas melihat berita mengenai keputusan Namie. 

Difahamkan Shahrol yang sebelum ini bergelar seorang pegawai di Jabatan Imigresen meletakkan jawatannya sekitar tahun 2013. 

Jelasnya, dia pernah berdepan dengan situasi yang sama dengan Namie iaitu terpaksa memilih di antara kerjaya dan minat. 

“Sedang membaca artikel mengenai pendatang baru dalam industri komedi saudara Namie @namiesmy dari kumpulan UBI yang baru menjuarai MLS3 semalam.

“Tiba-tiba terlihat gambar lama di tepi meja sewaktu saya berkhidmat sebagai penjawat awam suatu ketika dahulu.

“Jalan yang sama dan saya telah sampai ke persimpangan itu dahulu. Antara kerjaya yang menjamin masa depan atau minat yang mungkin menjadi kerjaya tetapi tidak menjamin masa depan,” tulisnya.

Menerusi laman sosial Instagram, Shahrol meluahkan catatan berbentuk pesanan itu untuk tatapan umum. 
 

Must-Watch Video

Advertisement