Hiburan

Percaya Pada Rezeki, Doa Misha Omar Dimakbulkan

gempak
Badrul Hashim
14/02/2019
13:00 MYT
Sponsor Banner
Percaya Pada Rezeki, Doa Misha Omar Dimakbulkan
Penyanyi Misha Omar mendedahkan bakal mengadakan konsert solo selepas usai konsert trio bersama Noryn Aziz dan Siti Sarah.
Menurut Misha dia percaya konsert itu adalah rezeki walaupun jarak masa antara satu konsert itu tidak jauh.
"Saya akan mengadakan konsert solo pada bulan Ogos ini selepas selesai konsert trio.
"Selama 17 tahun berada dalam industri seni, saban tahun saya berdoa.
"Ya Allah berikanlah peluang kepadaku untuk berkongsi satu momen di dalam sebuah konsert.
"Apabila Allah makbulkan doa saya, dalam tahun yang sama dapat satu solo konsert serta lagi satu bersama kawan-kawan.
"Sebenarnya kita harus percaya pada rezeki Allah.
"Memang rezeki akan datang tepat pada masanya tidak akan lewat walau sesaat pun," katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live