Cuti sekolah dah dekat, pastinya ibu bapa sedang giat merancang apa aktiviti menarik untuk anak-anak mereka.

Baik aktiviti di luar mahupun hanya sekadar di dalam rumah, paling penting mesti nak luangkan masa dengan mereka bukan?

Kami senarai 5 perkara menarik anda boleh lakukan!

#1 Percutian Bajet

Tidak perlu percutian yang mahal-mahal, anda boleh pergi ke pantai berdekatan seperti di Bagan Lalang, Port Dickson mahpun di pantai Klebang, Melaka.

Hanya perlu duit minyak dan tol saja.

Sambil bermain bersama anak, sambil menikmati kecantikan pantai di Malaysia.

Walaupun bajet, paling penting ada juga masa untuk anak-anak bersuka ria!

#2 Tonton Wayang

Waktu cuti sekolah ini memang banyaklah filem kanak-kanak ditayangkan di pawagam.

Masa inilah nak ‘bonding’ dengan anak-anak sambil menonton filem.

Harga tiket kanak-kanak pula lebih murah dari dewasa pastinya bajet anda kurang dari RM100!

#3 Balik Kampung! Jenguk Atuk Nenek & Saudara Mara

Ini paling fun sebenarnya, sambil bawa anak jalan-jalan sambil itulah kita menziarah saudara mara di kampung.

Suasana kampung pula lebih meriah berbanding di bandar. Bawa anak-anak melayari kehidupan kecil anda supaya mereka juga boleh nikmati pengalaman sama.

Selain anak-anak, ibu bapa sendiri boleh hilangkan stress.

#4 Makan!

Paling ringkas!

Tambahan pula sekarang ada penghantaran ke rumah lagi senanglah.

Kebanyakan restoran sekarang juga sudah ada set keluarga, jadi mudahlah nak bawa anak makan-makan.

Sekali sekala gembirakan mereka dengan makanan kegemaran mereka.

#5 Astro & Broadband

Percaya atau tidak dengan bayaran bulanan kurang daripada RM100 anda bukan hanya nikmati 60 saluran termasuk kandungan berdefinisi tinggi (HD), malah turut menerima kelajuan internet sehingga 30Mbps.

Ini bermakna anda akan menikmati dua kelebihan,siaran Astro dan satu lagi penggunaan internet!

Tidak cukup dengan itu, anda boleh menggunakan internet ini tanpa had kerana Astro & Broadband menawarkan kelajuan internet secara unlimited.

Menerusi pakej ini anda akan menikmati 15,000 video on demand (VOD) dan penstriman Astro Go hingga empat peranti sama ada komputer, tablet mahupun telefon pintar.

Bagi musim cuti sekolah ini, pakej ini turut menawarkan pakej keluarga yang menawarkan saluran seperti Gegar Vaganza, drama Rindu Yang Terlarang serta Thank You Captain yang akan disiarkan mulai minggu depan.

Paling penting adalah saluran kartun untuk tontonan anak-anak ketika musim cuti sekolah!

Jika mendaftar, Astro & Broadband ini bukan hanya dinikmati untuk musim cuti sekolah saja, malah untuk jangka masa panjang. Best bukan?

Untuk mendaftar, anda boleh layari terus di Astro & Broadband.