"Perceraian Adalah Perkara Yang Allah Murka, Bergegar Pintu Arash" - Betty Banafe Akui Talak Satu Jalan Terbaik Untuk .....

Rozaimi Zubaidi
Ogos 2, 2019 17:58 MYT
Pelakon Betty Banafe mengakui perceraian merupakan jalan terbaik dalam buat pasangan untuk muhasabah diri.
Menerusi entri di Instagram (IG), Betty menjelaskan keputusan untuk bercerai merupakan jalan terbaik sekiranya sesebuat perkahwinan itu memudaratkan diri seseorang.
"Perceraian adalah perkara yang Allah murka. Bergegar pintu Arash. Betul! Tapi jika perkahwinan itu memudaratkan kita dan segala usaha untuk memperbetulkan dan menyelamatkan rumahtangga sudah dijalankan, sudah mendapat rawatan, nasihat dari pihak psychology, ustaz, therapist pun gagal.
"Maka jawapannya talak satulah jalan terbaik untuk kedua pasangan bermuhasabah diri. Still boleh "Raj'I" iaitu rujuk bila bila masa. Tapi kalau anda masih kuat bersabar sampai akhir hayat maka janji Tuhan SYURGA buatmu.
"Moga masalah kita tidak terkesan kepada pembesaran anak anak kita. Faktor environment rumah dan sekeliling untuk diri anak-anak dan diri kita sangat penting dalam psychology pemikiran kita.
"Pemikiran kita akan membentuk tindakan kita sama da positive atau negatif. Mengenali corak pemikiran pasangan atau orang sekeliling sangat penting agar dapat kita faham pemikiran mereka dan cara berhubung dengan mereka secara effective," tulisnya.
Menurut Betty lagi, perkara tersebut juga turut dilakukan olehnya untuk menjalankan sesebuah perniagaan.
"Dalam business juga sama. Saya juga belajar mengenali cara saya berfikir serta cara anak-anak saya berfikir dengan kaedah "colored brain " teknik. Tak percaya tanya @fizoomar. Dia dah buat walaupun tak khatam kaedah pembelajaran. It was great ya Fizo.
"Jangankan pasangan, even tempat kerja, teman teman sekeliling dan lain lain bidang sangat memerlukan kaedah ini. Terutama bidang perniagaan sangat penting ada ilmu ini," tulisnya.
Sebelum ini, Betty mengakui sah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, selepas tujuh tahun berkahwin.
Dalam pada itu, Betty turut memberitahu hak penjagaan anak-anak masih dalam proses perbicaraan mahkamah kerana bekas suami juga menuntut hak tersebut.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.
#pelakon #Pelakon #Betty Banafe