Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

Asyikin Mayudin
25/07/2024 05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Menganggap setiap perhubungan mempunyai masalah, Harith bagaimanapun berkata tiada lagi cara untuk mereka pertahankan lagi perkahwinan yang dibina sejak 2010.

“Sudah lama kami berusaha untuk selamatkan rumah tangga ini, bukan dari pihak saya sahaja tetapi dari pihak Dr Jezamine juga.

“Kami sudah lakukan segala-galanya (usaha) dan tetapi perpisahan adalah langkah yang seterusnya. Dalam perkahwinan mana yang tiada masalah.

“Kalau anggap masalah itu sebagai sebab perceraian tak bagus juga. Setiap hubungan ada masalah yang bezanya seberapa besar masalah itu yang akan membawa kepada keburukan,” kata Harith kepada Gempak.

Akui Sedih

Mengakui berasa sedih ketika melafazkan cerai, Harith juga memaklumkan perceraian bukanlah penghalang untuk mereka masih menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas isteri demi anak-anak.

“Kami dah sampai ke tahap ini dengan cara yang baik, masih lagi berkawan demi kebaikan anak-anak kami. Perkara ini semua berkalan dengan lancar dan kami sudah tiba di satu tahap sudah bersetuju dalam semua aspek untuk perceraian ini.

“Ketika melafazkan talak, pastinya sedih tetapi secara peribadi, kedua-duanya setuju dan dapat 'move forward' dalam kehidupan masing-masing.

“Selepas ini kami akan teruskan pekerjaan seperti biasa. Kami ada syarikat yang perlu diuruskan, berjalan seperti biasa. Hanya dari segi suami isteri, tiada lagi. Tetapi hubungan masih baik sebagai kawan dan rakan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Harith memberitahu dia dan Dr Jezamine akan memastikan tiada apa yang menganggu kehidupan anak-anak mereka selepas perpisahan.

“Anak-anak, kami sudah beritahu kepada mereka. Kami juga buka ruang kepada mereka untuk bertanya apa sahaja. Bagi saya mereka okay, kami akan pastikan tiada apa yang akan menggangu mereka dari segi sosial,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai peluang untuk kembali bersama, Harith bagaimanapun meletakkan perkara tersebut kepada Allah.

“Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok. Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 58, melafazkan cerai terhadap Dr Jezamine Lim di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada 12.05 tengah hari, Khamis.

BERITA TRENDING:Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekasih Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

BERITA TRENDING:Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

BERITA TRENDING:Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian

BERITA TRENDING:Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

Menurut peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihak mereka telah memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah yang telah diselesaikan pada masa yang sama.

Harith mendirikan rumah tangga dengan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, serta Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.
#cerai #Harith Iskander #Selebriti #Isteri #Jezamine Lim #hiburan