Hiburan

Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian

gempak
Gempak
19/07/2024
14:41 MYT
Sponsor Banner
Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian
Pelakon dan pengacara Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim akhirnya membuka mulut berkongsi tentang perceraian mereka.
Harith mendedahkan, perkahwinan mereka retak akibat berpunca daripada dirinya sendiri. Menurut pelawak yang popular menerusi Jangan Ketawa itu, keputusan untuk berpisah dicapai atas persetujuan bersama.

Kesilapan diri

"Keputusan ini tidak berlaku secara tiba-tiba tapi ia menjadi kecoh selepas foto Jezamine failkan penceraikan jadi tular.
"Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya. Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya.
"Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga orang anak yang masih muda dan mereka akan menonton ini suatu hari nanti," katanya.
Harith berkata demikian menerusi podcast The Rakyat Post.
Dalam pada itu, Harith menambah, keputusan untuk berpisah bukan dilakukan dalam masa singkat. Katanya keputusan itu telah difikirkan dalam tempoh masa yang lama.
Menurut Harith, dia dan isteri juga sudah mendapatkan bantuan kaunseling serta berkongsi dengan orang dipercayai.
Namun, selepas berfikir panjang mereka memilih untuk berpisah secara baik kerana enggan merosakkan persahabatan yang dibina.

"Agak lama Untuk ambil keputusan berpisah ini dan bukan semalam. Bertahun-tahun saya membuat kesilapan dan isterinya sudah menjalankan tugasnya dengan baik.

"Kami melalui tempoh yang menyedihkan dan pergi mendapatkan kaunseling perkahwinan serta bercakap dengan kawan-kawan.
"Sampailah saya sedar kami lebih sesuai menjadi kawan baik dan tidak mahu ia hancur disebabkan penceraian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

​ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga: Harith Iskander, Jezamine Akan Keluarkan Kenyataan Bersama Dalam Masa Terdekat

​ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fail Cerai, Harith Iskander Belum Sedia Beri Komen

​ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Tak Lawak Langsung! Wanita Ini Perlukan 'Bantuan'" - Harith Iskander

​ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa Je Tak Nangis Tengok Wanita Yang Disayangi Kesakitan”- Penyanyi ‘Stop Lah Being So Cute’ Dah Jadi Bapa, Timang Anak Pertama!

Dalam pada itu, Jezamine yang turut serta dalam podcas sama menyangkal dakwaan dirinya didera Harith seperti dikatakan netizen.
"Dia tidak mendera saya seperti dikatakan orang," ujarnya ringkas.
Kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jazemine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar.
Difahamkan, Dr Jezamine mengesahkan dia telah memfailkan permohonan cerai pada bulan lalu.
Sementara itu, Harith dalam satu kenyataan pula memberitahu dia bakal berkongsi perkara tersebut dalam masa terdekat.
Sebutan perceraian mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai terpaksa ditangguhkan atas sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Untuk rekod Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.
Sumber: The Rakyat Post
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live