Berita

Perdana Menteri Kembali Bertugas Di Pejabat Hari Ini

gempak
Asraf Aided
04/06/2020
07:35 MYT
Sponsor Banner
Perdana Menteri Kembali Bertugas Di Pejabat Hari Ini
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kembali menjalankan tugas di pejabat hari ini selepas menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, ekoran seorang pegawai didapati positif COVID-19.
Perkara itu telah diumumkan menerusi laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.
"YAB Perdana Menteri hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari.
"YAB Perdana Menteri menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19.
"Sepanjang tempoh tersebut, YAB Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah," tulis pengendali akaun.
Kenyataan itu turut memaklumkan Perdana Menteri telah sekali lagi menjalani ujian saringan COVID-19 yang menunjukkan keputusan negatif.
"Pada Selasa, 2 Jun 2020, YAB Perdana Menteri sekali lagi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif," tambahnya.
Selain Perdana Menteri, 34 ahli mesyuarat pasca-Kabinet pada 20 Mei lalu turut menjalani kuarantin sebelum ini.
Difahamkan, Mesyuarat Kabinet yang dipengerusi oleh beliau hari ini pula diadakan menerusi persidangan video.
Langkah itu adalah untuk sentiasa menjamin COVID-19 dapat dicegah sebaik mungkin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live