Hiburan
Pereka Fesyen Alexander Wang Dituduh Lakukan Serangan Seksual Sesama Jantina?
Pereka fesyen terkenal Alexander Wang didakwa melakukan pelecehan seksual kepada seorang model lelaki, Owen Mooney.
Dakwaan itu didedahkan sendiri oleh Mooney menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Dalam video berkenaan, Mooney memberitahu dia bertemu dengan Wang di sebuah kelab malam di New York, Amerika Syarikat sekitar tahun 2017.
Ketika di kelab malam tersebut, Wang didakwa telah menyentuh tubuhnya dan meraba bahagian alat sulit Mooney.
"Saya terpisah dengan rakan-rakan saya dan tidak ada yang dapat bergerak kerana kelab itu penuh dengan orang.
"Seseorang berhampiran saya mengambil kesempatan dengan mula membelai kaki dan meraba-raba bahagian intim," katanya.
Mooney yang terkejut dengan situasi berkenaan segera menjauhkan diri dari Wang.
@owenamooney
#stitch with @katiefornia oh yeh the time a celeb was groping my dick in the club ? #fyp #foryoupage♬ original sound - Owen Mooney
Justeru, Mooney menyeru kepada mangsa lain untuk tampil ke hadapan berkongsi perkara yang dilakukan pereka fesyen berkenaan.
Sehingga kini Wang masih belum bersedia untuk mengulas mengenai tuduhan berkenaan.
Sumber: CNN, Insider, Instagram
Must-Watch Video